Kini tiba masanya untuk rakyat Malaysia menikmati hidangan sarapan pagi sihat sekaligus menjadikannya sebagai amalan harian yang bermanfaat.
Sarapan adalah sangat penting untuk menggalakkan penghasilan tenaga badan yang optimum seterusnya bisa membuatkan hari-hari anda berjalan lancar tanpa berasa lesu.
MILO, jenama minuman malt bertenaga yang mengandungi zat serta nutrisi penting untuk tubuh baru sahaja melancarkan kempen MILO Breakfast Movement 2016 dengan tema ‘Miliki Hari’ (Own The Day) bagi menyebarkan informasi tentang kepentingan untuk memulakan hari dengan sarapan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Sudah lebih 5 tahun berturut-turut, MILO tidak pernah ketinggalan untuk mendidik serta memberi galakkan kepada semua golongan umur yang terdiri daripada kanak-kanak sekolah, hinggalah kepada orang dewasa untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Sesungguhnya, MILO sangat komited untuk meneruskan inisiatif bermakna ini bagi menerapkan amalan pengambilan sarapan setiap pagi dalam kalangan masyarakat umum tanah air.
Telah banyak kajian membuktikan, pengambilan sarapan mampu merangsang tubuh untuk berfungsi dengan baik sekaligus meningkatkan fokus otak.
Jelas Profesor Madya Dr Hamid Jan Bin Jan Mohamed, salah satu penyelidik kajian MyBreakfast Study dan ahli Persatuan Pemakanan Malaysia, “Kajian kami mendapat bahawa 1 daripada 4 kanak-kanak Malaysia tidak bersarapan sekurang-kurangnya 3 hari seminggu. Ini sangat membimbangkan”.
Untuk itu, MILO berbesar hati dalam masa yang sama melancarkan siri episode di laman web yang menceritakan kisah-kisah keluarga dari pelbagai lapisan masyarakat yang berjaya mengatasi cabaran peribadi demi memiliki hari.
Jangan lupa untuk turut serta dalam acara gilang-gemilang tahunan yang dianjurkan oleh MILO! Acara Hari Sarapan Malaysia yang dinanti-nantikan ini akan bermula di:-
- Melaka: 27 Mac 2016
- Kuantan, Pahang: 10 April 2016
- Kota Kinabalu, Sabah: 17 April 2016
- Johor Bahru: 23 April 2016
- Pulau Pinang: 15 Mei 2016
- Kuching, Sarawak: 22 Mei 2016
- Dataran Putrajaya: 29 Mei 2016
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.milo.com.my atau lawat laman Facebook MILO Malaysia di www.facebook.com/MiloMalaysia.