Friday, April 16, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result

Ayuh Sertai Magical Forest Charity Run Untuk Bermesra Dengan Alam Nan Hijau

by Afiqah Syamin
March 31, 2016
Foto -Innity

Foto -Innity

26
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Hubungan manusia sejagat dan alam sekitar tidak dapat dipisahkan kerana kita dan tumbuhan sememangnya memerlukan antara satu sama lain untuk terus hidup. Seperti yang diajarkan dalam mata pelajaran Sains ilmu alam, sedari kecil kita telah dilatih untuk memahami satu konsep bagi proses biologi di mana, manusia dan tumbuhan akan saling bertukar gas.

Tumbuhan menghasilkan oksigen yang manusia dan haiwan perlukan melalui kaedah fotosintesis manakala manusia dan haiwan yang bernafas ini pula akan menghasilkan karbon dioksida sebagai gas yang dibutuhkan oleh tumbuh-tumbuhan yang ada di sekeliling.

Oleh itu, sebagai satu inisiatif kesedaran kepada masyarakat Malaysia umumnya, pada 29 May 2016 bertempat di Taman Botani Shah Alam, akan diadakan acara larian amal anjuran sebuah syarikat terkemuka yang bertanggungjawab sebagai pembekal platform pemasaran interaktif dalam talian dan teknologi untuk pengiklanan serta penerbitan, INNITY.

Pesta Kesihatan Tergempak MURFEST Kini Kembali!

September 14, 2017
Sebahagian artis yang hadir pada sidang media program Ekspresi Aqsa Solidariti Ummah sebuah program yang membangkitkan semangat mencintai dan mempertahankan Masjidil Aqsa di Kompleks Pusat Islam, TV Al-Hijrah. Sumber: Harian Metro

Sertai Ramai Artis Popular Di Ekspresi Aqsa Soladiriti Ummah 27 Ogos Ni!

August 24, 2017
Foto -travelmalaysia.me
Taman Botani Negara Shah Alam. Foto -travelmalaysia.me

Acara seumpamanya dianjurkan adalah bertujuan untuk membangkitkan kesedaran umum tentang kepentingan memupuk perasaan sayang akan alam semula jadi di samping memelihara serta memulihara ekosistem agar kekal berpanjangan untuk dimanfaatkan bersama.

Apa yang lebih menarik, larian amal ini bukan sahaja fokus untuk memberi kesedaran tentang alam sekitar semata malah juga membuka peluang kepada orang ramai untuk meluangkan masa bersama kenalan mahupun keluarga tercinta melalui aktiviti berfaedah sebegini. Bukankah gaya hidup sihat itu adalah sesuatu amalan yang patut dipupuk?

Foto -travelmalaysia.me
Taman Botani Negara Shah Alam. Foto -travelmalaysia.me

Bertemakan ‘Hutan Ajaib’ (Magical Forest), larian ini bukanlah bertujuan untuk berlumba tetapi untuk membolehkan para peserta menikmati pemandangan indah hutan hijau serta menghirup udara segar, sekaligus harus menghabiskan misi-misi tertentu di beberapa cehckpoint untuk mendapat gelaran si penjaga hutan. Bukan itu sahaja, anda juga bertemu dan dihiburkan oleh beberapa karakter Hutan Ajaib yang pasti memberi seribu satu keseronokkan kepada anda pada setiap perhentian zon yang anda lalui. Menarik bukan?

Larian akan berlangsung sepanjang 7KM sebelum meneruskan lawatan ke Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) untuk aktiviti menanam pokok. Untuk pengetahuan anda lagi, jumlah dana yang diperoleh melalui acara amal ini bisa menyokong aktiviti penanaman semula pokok untuk mengimbangi pelepasan karbon sebanyak 40% menjelang tahun 2020. Ayuh tunjukkan sokongan anda dengan menyertai Magical Forest Charity Run!

IKLAN

Butiran adalah seperti berikut:-

Tarikh: 29 Mei 2016

Masa: 6am-11am (7.15 mula larian)

Tempat: Taman Botani, Shah Alam

Laluan: 7KM Fun Run

Yuran Penyertaan: RM69 (termasuk yuran pendaftaran atas talian)

Untuk keterangan lanjut dan membuat pendaftaran, sila klik pada pautan www.facebook.com/events. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 22 April 2016.

Tags: acaraAlam SekitarcharitykebajikanMagical Forest Charity Run
Share1Tweet1Send

ARTIKELTERKINI

Makan Sebiji Epal Setiap Hari Boleh Beri Kulit Glowing?

Juadah Rare Yang Hanya Ada Masa Bulan Puasa Saja, Semua Sedap!

Tak Payah Oven, Guna 6 Bahan Dah Boleh Jadi Pizza Paling Sedap!

Cantik Kaftan Dress Di Kedai Ini, Sesuai Pakai Masa Puasa Dan Raya

Susah Betul Nak Tidur, Cuba 5 Resepi Susu Panas Ini

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.