Adakah kecantikan pudar lebih pantas daripada apa yang anda jangka? Kajian jangka panjang SK-II mendapati wanita dalam usia 20an hilang seri dengan lebih pantas berbanding wanita pada peringkat usia lain. Pada usia 20an, kerosakan daripada sinar UV menyebabkan bintik dan tompok hitam tersembunyi terbentuk, menjadikan kulit kelihatan lebih gelap dan kurang berseri.
Untuk memperkasakan wanita dalam usia 20an menangani bintik dan tompok hitam sebelum ia terbentuk, SK-II melancarkan rangkaian penjagaan kulit penuh inovatif GenOptics yang mensasarkan bintik dan tompok hitam yang sudah wujud dan tersembunyi akibat pendedahan sinar UV bagi mendapatkan seri yang berkekalan.
Hanya disebabkan anda tidak dapat melihat kesan UV pada kulit anda ketika berusia 20an tidak bermakna ia tidak wujud – tompok tersembunyi yang terhasil akibat sinaran UV mengambil masa bertahun-tahun untuk kelihatan.
SK-II menemui bahawa pendedahan berpanjangan kepada sinar UV merosakkan 10 parameter kulit. Kerosakan yang tersembunyi itu kelihatan seperti tompokan awan pada kulit yang menghalang seri semulajadi kulit.
Mengandungi gabungan ekstrak Prunus dan PiteraTM, pengguna SK-II GenOptics Aura Essence mendapati peningkatan ketara tona kulit dan pengurangan kesan penuaan dan tompokan selepas 8 minggu penggunaan.
Benar atau Tidak? “Tidak ada cara untuk mengenalpasti tompokan tersembunyi di bawah kulit sebelum ia terbentuk sebagai bintik atau kekusaman”.
Jawapannya: Salah! Untuk membayangkan kesan sinar UV terhadap kulit, SK-II telah mengemaskini program Magic Ring dengan “Cloud Meter” untuk menunjukkan kesan kerosakan sinar UV, termasuk tompokan yang kelihatan mahupun tersembunyi.
Tempah konsultasi Magic Ring anda hari ini di www.sk-ii.com.my/en/magic-ring.aspx.
Lindungi kulit anda daripada cela yang bakal timbul akibat pendedah kepada sinar UV dengan SK-II GenOptics Aura Essence (30ml RM555) dan GenOptics Spot Essence yang terdapat di kaunter SK-II seluruh Malaysia mulai Februari 2016.