Restoran yang berada tinggi di tingkat bangunan paling atas, SKY 360 yang terletak di bumbung e.City Hotel di OneCity sememangnya menjanjikan nikmat kepuasan berganda. Ia bakal membawakan suatu kelainan, di mana orang ramai yang hadir untuk menikmati makanan di situ juga akan turut berpeluang menikmati pemandangan menarik sekitar bahagian Selatan Lembah Klang dari atas dengan jelas.
Terdapat lebih 120 jenis makanan pilihan yang bisa anda merasa, bufet makan tengah hari di SKY 360 ini pasti menghangatkan lagi waktu makan tengah hari anda bersama dengan yang tersayang!
Apa yang anda perlu tahu, pakej bufet makan tengah hari ini bukan hanya disediakan untuk para pelanggan biasa malah, SKY 360 turut menawarkan servis penyediaan makanan untuk tujuan mesyuarat, insentif, persidangan dan majlis keramaian yang terangkum dalam pakej M.I.C.E (Meeting, Incentives, Conferences & Events).
Boleh dikatakan, ia bagaikan syurga untuk si pencinta makanan. para pengunjung yang hadir berpeluangf menikmati 1001 hidangan menarik yang disediakan segar dari dapur dan pastinya, kualiti makanan adalah terjamin kerana disediakan oleh para tukang masak (chef) yang pakar.
Antara hidangan yang mengiurkan adalah aneka jenis salad campur seperti Caesar Salad, Ayam Panggang bersama Salad Manga Thai, Salad Udang Harimau bersama Jeruk Manis, Kubis Merah dan Epal, bahkan Salad Salmon Salai Norwegian pun anda!
Bukan itu sahaja, khas buat peminat tegar makanan laut, SKY360 ada membuka stesen gerai istimewa yang menyediakan hidangan kekapis, ketam serta Udang Harimau segar.
Untuk yang gemarkan kelembutan tektur roti dan pastri, terdapat bermacam jenis roti yang boleh mengenyangkan perut sebagai pembuka selera, termasuklah Roti Buah-Buahan Kering, Roti Walnut, Roti Tujuh Jenis Bijirin, Roti Jintan Putih, Roti Daun Kari, Roti Bawang Putih dan banyak lagi untuk dicicah bersama pilihan sup tersedia!
Tidak sah rasanya jika kita sebagai orang Malaysia makan tanpa hidangan lauk-pauk kampung. Sudah tentu, jeruk, ulam-ulaman, Kerabu Magga Udang dan Kerabu Daging bisa buat anda tersenyum lebar! Bahkan hidangan utama ala barat lain seperti aneka macam masakan pasta dan sayur-sayuran bakar pun turut diberikan.
Buat yang mahukan sesuatu kelaian, anda bolehlah cuba untuk makan Daging Striploin Bakar bersama Bawang Besar Thyme dan Dijon Mustard atau mungkin cuba untuk beralih kepada makanan berasaskan Mee seperti Mee Udang yang mengagumkan. Memang mengancam habis!
Tidak ketinggalan, hidangan masakan gorengan Cina seperti Bee Hoon Goreng, Brokoli Stim bersama Sos Daging Ketam dan Lala Goreng dengan Sos Kam heong pun ada juga!
Sebagai pencuci mulut pula, usah anda risaukan kerana dari hidangan pencuci mulut ala Barat seperti pastri berkrim hinggalah kepada kuih-muih orang Melayu, semuanya bakal buat anda rambang mata!
Tidak kisah sama ada anda hadir untuk makan tengahari bersama pasangan, keluarga mahupun dengan teman-teman pejabat atas tujuan urusan perniagaan, SKY 360 adalah restoran yang sangat menarik, mampu memberikan servis layanan bufet makan tengah hari terbaik selari dengan kehendak umum.
Bufet makan tengah hari di SKY 360 bermula setiap hari dari jam 12.30pm hingga 2.00pm. Harga yang ditawarkan untuk dewasa adalah RM72nett seorang manakala RM36nett untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Ya! kanak-kanak bawah umur boleh makan secara percuma!
Untuk keterangan lanjut mahupun sebarang tempahan, sila hubungi 03-5115 9887 atau email kepada [email protected].