Sebagai lanjutan dari filem kisah dongeng SNOW WHITE & THE HUNTSMAN yang berjaya diberi sentuhan elemen pembalikan sekitar Jun 2012 lalu, kini telah tiba masanya untuk THE HUNTSMAN: WINTER’S WAR kembali ke pawagam bagi menghiburkan peminat filem genre fantasi hebat!
“Mirror, mirror on the wall, who is the most powerfull of them all?” -Freya
Untuk musim ini, filem menarik arahan Cedric Nicolas-Troyan mengisahkan tentang pertelingkahan dua adik-beradik yang saling berlainan sifat, Ravenna lakonan Charlize Theron dan Freya lakonan Emily Blunt.
Freya yang mempunyai kuasa untuk membekukan seluruh musuhnya bingkas memulihkan keadaan kerajaan utara yang kian robek dengan pertolongan pemburu (huntsman) sebagai pelindungnya dari kuasa jahat kakaknya, Ravenna.
Namun begitu, beliau sebenarnya melarang keras para askar muda yang dipimpinnya bercinta sesama sendiri dan di sinilah bermulanya titik konflik apabila Eric lakonan Chris Hemsworth bersama rakan pahlawannya, Sara melanggar perintah kerana menyemai benih cinta abadi sehingga membangkitkan berang ratu ais.
TONTON TRAILER THE HUNTSMAN: WINTER’S WAR
Tarikh: 13 April 2016 (Rabu)
Masa: 9.15 Malam
Lokasi: Golden Screen Cinemas (GSC), 1 Utama
Anda dah sedia nak tahu kesudahan filem ini? Jom sertai kami ke tayangan perdana THE HUNTSMAN: WINTER’S WAR!
Anda hanya perlu jawab 2 soalan mudah seperti di bawah:-
- Siapakah nama teman wanita Eric The Huntsman dalam filem ini? *Rujuk pada artikel di atas
- Apakah mantera yang dibaca oleh The Ice Queen, Freya di hadapan cermin sakti? *Rujuk pada artikel
Syarat Penyertaan
- Like Facebook Wanista MY dan follow Instagram @wanistadotcom
- Jawapan boleh dihantar ke alamat submit@wanista.com dengan tajuk “Saya Suka The Huntsman”
- Sertakan sekali maklumat peribadi seperti nama penuh (seperti dalam kad pengenalan), Nombor IC, Alamat Rumah, Emel dan Nombor Telefon Bimbit.
- Peraduan ini hanya sah dari 2 April – 12 April 2016.
- Seorang hanya boleh menghantar satu penyertaan.
- Keputusan hakim adalah muktamad.
- Pemenang dikehendaki datang menuntut pas eksklusif tayangan perdana filem THE HUNTSMAN: WINTER’S WAR di GSC 1 Utama pada 13 April 2016, bermula jam 9 malam.