Berlangsung dari 29 April hingga 8 Mei 2016, butik jenama fesyen berprestij dari London, Burberry cawangan Pavilion Kuala Lumpur dengan berbesar hati membuka satu gerai bunga “Burberry in Bloom” khas untuk sambutan Hari Ibu tahun ini!
Acara gilang-gemilang pembukaan gerai bunga oleh Burberry ini turut dijalankan di lebih 8 buah negara seluruh dunia termasuk Moscow, Beijing, Paris, Barcelona, Hong Kong, Los Angeles, New York dan Dubai di mana, setiap pembelian barangan Burberry turut akan ditemani gubahan bunga eksklusif secara percuma.
Bukan itu sahaja, jambangan bunga yang digubah adalah diinspirasi dari bunga-bungaan yang terkandung dalam nota wangian foral istimewa My Burberry termasuk Sweet Pea, Bunga Freesia, kuntuman Peony, Mawar dan dedaun “Autumn Eucalyptus”. Jambangan itu kemudian diserikan pula dengan kertas pembalut klasik berona perang ala kot seragam (trench coat) ikonik Burberry serta riben ikatan tangan yang tampak mewah.
Lebih menarik, khas buat para pelanggan Burberry yang dikasihi, bagi memberi lebih keceriaan kepada si anak dan ibu, Burberry turut menawarkan servis cetakan “monogramming” yang membolehkan pelanggan meletakkan 3 huruf singkatan kepada barangan Burberry yang dibeli seperti ke atas selendang kashmir tenunan Scottish mahupun pada permukaan botol wangian My Burberry. Ia pasti dapat mengukir senyuman manis di wajah ibu anda apabila menerima bingkisan itu nanti!
Untuk maklumat lanjut, sila layari my.burberry.com