Visa, Maybank dan PETRONAS hari ini mengumumkan pelancaran Kempen Belanja & Menang ke Sukan Olimpik Rio 2016.
Peraduan Belanja & Menang ke Sukan Olimpik Rio 2016 bermula1 April dan akan berlangsung selama dua bulan sehingga 1 Jun 2016. Kesemua pemegang pemegang kad Visa, termasuk pemegang kad PETRONAS Maybank Visa di Malaysia adalah layak untuk menyertai kempen ini dengan pembelian minima sebanyak RM50 dengan kad-kad Visa mereka di lebih daripada 1,000 stesyen PETRONAS dan 760 Kedai Mesra di seluruh negara.
Hadiah-hadiah mingguan turut disediakan termasuk 10 telefon bimbit Samsung Galaxy S7 Edge dan 120 mata ganjaran PETRONAS Mesra bernilai RM200 setiap satu. Hadiah utama iaitu perjalanan untuk dua orang ke Sukan Olimpik Rio 2016 akan turut dihadiahkan kepada pemenang utama di penghujung kempen ini.
“Kami berbangga menjadi syarikat penaja untuk Sukan Olimpik Rio 2016 dan juga berbesar hati untuk bekerjasama dengan PETRONAS dan Maybank bagi menganjurkan kempen ini untuk pemegang-pemegang kad Visa. Kami amat teruja dapat menawarkan kesemua pemegang-pemegang kad Visa peluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik ini termasuk hadiah utama berupa perjalanan untuk dua orang untuk menyaksikan majlis penutupan Sukan Olimpik Rio 2016,” kata En. Ng Kong Boon, Pengurus Negara, Visa Malaysia.
Tertakluk kepada terma-terma dan syarat.