Bagaimana gamat agaknya apabila Deok-sun (Reply 1988 drama lakonan Hyeri) bergabung dengan Yoona (salah satu watak Ji Sung dalam Kill Me, Heal Me)? Mesti riuh?
Perkenalkan Entertainer, sebuah lagi drama Korea yang pasti mencuit hati anda apatah lagi dengan gandingan hebat Ji Sung bersama Hyeri.
Entertainer menceritakan tentang Jung Geu Rin (Hyeri) adalah seorang gadis berusia 22 tahun menjual ikan di pasar lambak. Hidupnya berubah sekelip mata apabila bertemu dengan CEO Shin Suk Ho (Ji Sung), yang berperanan sebagai agen mencari bakat dan menjadikan mereka bintang terkenal Korea.
Drama ini juga menceritakan turun naik Shin Suk Ho dalam dunia hiburan, dikhianati dan terpaksa meninggalkan kerjaya di saat kemuncak. Kini, dia terpaksa bermula daripada bawah. Bolehkah dia mengatasi kemungkinan untuk membentuk kumpulan yang berjaya, walaupun terpaksa bersaing dengan bekas syarikatnya KTOP, syarikat pengurusan hiburan terbesar dalam industri?
Plot macam menarik, bukan? Tak sabar? Teruja nak tonton? Jangan lupa temu janji anda pada 21 April 2016, setiap Khamis dan Jumaat jam 8:55pm dan seterusnya hanya di saluran ONE HD (Astro B.yond Ch393).
Sebelum itu, jom tonton teaser ini terlebih dahulu.