Dah bosan asyik sapu jam dan mentega kacang pada roti putih biasa? Ini dia Wanista kongsikan 8 resepi baru yang lebih lazat, bagaimana anda boleh ubah konsep Sandwich Peanut Butter and Jelly menggunakan resepi ringkas untuk hidangan sarapan pagi mahupun minum petang. Jom cuba sesuatu kelainan!
#1 Pai Peanut Butter & Jelly
Bahan-Bahan:
- 1 paket cream cheese (8 auns), dilembutkan
- 1/2 cawan gula aising
- 1/3 cawan mentega kacang
- Biskut Digestive, dihancurkan
- 1/2 cawan perasa strawberi
- 2 cawan krim putar
- Kerak Pai (boleh dibeli di kedai pastri mahupun pasaraya terkemuka di bahagian makanan sejuk beku)
Cara:
- Dalam mangkuk besar, pukul cream cheese, gula dan mentega kacang sehingga sebati dan ringan.
- Senduk campuran yang telah dipukul tadi ke dalam kerak pai segera yang dibeli dari kedai pastri.
- Curahkan perasa strawberri diatas campuran cream cheese sebelum anda lapiskannya dengan krim putar.
- Tutup dengan platik makanan dan masukkan ke dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman. *Hidangan ini cukup untuk 8 orang
#2 Kebab French Toast Berinti Peanut Butter & Jelly
Bahan-Bahan:
- 1/3 cawan jam strawberi tanpa biji
- 8 keping roti putih
- 1 cawan hirisan strawberi segar
- 1 camca teh serbuk kayu manis
- 1/2 mentega kacang berkrim
- 5 biji telur bersaiz besar
- 3/4 cawan 2% susu
- 5 sudu makan sirap maple
- 3/4 camca teh ekstrak Vanila
- 8 biji strawberi segar (dipotong dua)
Cara:
- Sapu jam pada 4 keping roti. Lapiskan dengan hirisan strawberi segar, kemudian taburkan sedikit serbuk kayu manis di atasnya (jangan terlalu banyak dikhuatiri pahit nanti).
- Sapu pula mentega kacang di atas 4 keping sisa roti lain dan letakkannya diatas kepingan roti yang telah dispu dengan jam untuk dijadikan sandwich.
- Gris kuali leper tidak melekat anda dengan sedikit butter pada api serdehana.
- Dalam mangkuk kecil, pukul telur, susu dan 3 sudu sirap maple bersama ekstrak Vanila sehingga sebati.
- Celupkan sandwich roti tadi ke dalam campuran telur , pastikan rata dikedua-dua belah roti. Biarkan ia terendam selama 10 saat.
- Goreng roti di atas kuali leper selama 3-4 minit untuk setiap permukaan atau sehingga roti menjadi garing kekuningan.
- Letakkan sandwich yang siap digoreng pada papan pemotong untuk dipotong kepada 4 bahagian.
- Cucuk sandwich mini yang telah dipotong pada batang kayu skewers sambil di selang-seli dengan buah strawberi yang telah dibelah awal tadi. Jika nak lagi sedap, anda boleh tuang lebihan sirap maple dan serta taburkan lagi buah strawberi segar sebagai penyeri hidangan. *Hidangan ini cukup untuk 4 orang.
#3 Minuman Shake Peanut Butter & Jelly
Bahan:
- 2 cawan susu segar
- 1 biji pisang masak, dihiris
- 2 sudu makan mentega kacang
- 2 sudu makan jam, jelly atau apa sahaja cecair perasa pilihan anda
- 1/2 camca teh ekstrak Vanila
Cara:
- Guna pengisar (blender), masukkan semua bahan tadi, tutp dan mula mengisar selama 3 minit.
- Tuang ke dalam gelas dan minum dengan segera. *Hidangan ini cukup untuk 2 orang
#4 Bar Peanut Butter & Jelly
Bahan:
- 1 tiub (16 – 1/2 auns) doh biskut mentega kacang, disejukkan
- 1/2 cawan cip mentega kacang
- 1 tin (16 auns) buttercream (frosting)
- 1/4 cawan mentega kacang berkrim
- 1/4 cawan jam raspberi tanpa biji atau jam anggur
Cara:
- Biarkan doh berada dalam suhu bilik selama 5-10 minit untuk menjadi lembut setelah keluar dari peti sejuk.
- Uli dan leperkan doh di atas dulang pembakar sebesar 13 inci x 9 inci. Taburkan cip mentega kacang pada permukaan doh yang telah siap dileperkan.
- Bakar pada 375° selama 15-18 minit sehingga kerak pastri menjadi kuning dan garing. Sejukkan di atas redai kek.
- Dalam mangkuk kecil, pukul frosting dan mentega kacang sehingga ringan. Sapu di atas doh yang telah siap dibakar tadi.
- Gunakan sudu untuk titiskan jam pada permukaan frosting. Gunakan penghujung pisau tajam untuk mengukir bentuk alur jam seperti dalam gambar.
- Potong kepada beberapa bahagian bar sebelum dihidang.
#5 Pastri Gulungan Mini Peanut Butter & Jelly
Bahan:
- 4 auns cream cheese, dilembutkan
- 1/2 cawan jam atau jeli strawberi, dibahagikan
- 2 tiub (8 auns setiap satu) kepingan doh beku segera yang berbentuk sabit (seamless crescent dough sheets), dibeli dari kedai pastri atau pasaraya terkemuka.
- 1/2 mentega kacang berkrim
- 1 cawan gula aising
- 5 sudu makan 2% susu
Cara:
- Panaskan oven pada 350°. Dalam mangkuk kecil, pukul cream cheese bersama 1/4 cawan jeli sehingga sebati.
- Buka gulungan doh beku tadi sehingga menjadi bentuk segi tiga.
- Sapu setiap satu dari doh berkenaan dengan campuran yang telah dipukul tadi. Pastikan sapuan inti tidak terlalu tebal.
- Setelah itu, gulung kembali pastri dari bahagian dasar doh segi tiga yang paling panjang ke arah penjuru segi tiga di bahagian atas.
- Potong gulungan doh kepada 12 bahagian sama rata.
- Pastikan anda picit sedikit di bahagian penjuru setiap gulungan supaya ia tidak mudah terbuka.
- Susun ia di atas kertas pembakar.
- Bakar selama 12-15 minit sehingga garing dan kuning. Setelah itu biarkan ia sejuk di atas dulang pembakar selama 2 minit sebelum anda alihkannya ke atas redai kek untuk sejuk sepenuhnya.
- Dalam mangkuk kecil lain, pukul mentega kacang, gula aising dan susu sehingga sebati. Tuang ia ke atas setiap satu pastri gulungan mini bersama lebihan jeli sebagai hiasan.
#6 Biskut Rangup Leleh Peanut Butter & Jelly
Bahan:
- 1 tiub (12 auns) doh beku biskut buttermilk rapuh
- 1/2 cawan mentega kacang
- 1/2 cawan jeli
Cara:
- Asingkan doh biskut dan bentang ia ke dalam acuan muffin. Pastikan anda betul-betul lekapkan doh berkenaan ke dinding acuan muffin supaya ia menyerupai cawan apabila telah dibakar nanti.
- Alihkan ia ke atas redai kek untuk sejuk
- Masukkan satu sudu penuh mentega kacang ke dalam setiap stu cawan biskut berkenaan, lapiskan pula dengan satu sudu jeli atau jam. Hidang pada kadar segera. *Hidangan ini cukup untuk 10 orang.
#7 Telur Dadar Fushion Peanut Butter & Jelly
Bahan:
- 1 sudu besar butter
- 3 biji telur
- 3 sudu besar air
- 1/8 camca teh garam
- 1/8 lada
- 1/4 cawan hirisan pisang
- 2 sudu makan jeli atau jam strawberi
- 2 sudu makan mentega kacang
- Gula aising secukup rasa
Cara:
- Dalam kuali tidak lekat, cairkan butter pada api serdehana.
- Pukul telur, air, garam dan lada bersama. Tuang campuran ke dalam kuali panas.
- Sementara menunggu telur kembang dan masak, ratakan telur yang masih belum masak ke penjuru kuali yang panas supaya telur dadar atau omelet anda masak dengan sekata.
- Setelah masak, hidang telur di atas pinggan sebelum anda letakkan hirisan pisang, jeli dan mentega kacang pada separuh bahagian telur dadar. Lipat telur berkenaan.
- Taburkan gula aising sebagai hiasan.
#8 Muffin Peanut Butter & Jelly
Bahan:
- 2 cawan tepung serbaguna
- 2 camca teh serbuk penaik
- 3/4 camca teh soda bikarbonat
- 1/4 camca teh garam
- 2 biji telur bersaiz besar
- 3/4 cawan jus epal
- 1/2 cawan mentega kacang yang mempunyai sisa hirisan kacang di dalamnya
- 1/4 susu rendah lemak
- 3 sudu makan butter, dicairkan
- 1/3 cawan sapuan strawberi
Cara:
- Dalam mangkuk besar, campurkan tepung, serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam bersama. Selepas itu, gabungkan pula campuran dengan telur, jus epal, mentega kacang, susu dan butter. Kacau ia dalam campuran bahan kering tadi sehingga sebati.
- Sembur penyembur anti-lekat pada acuan dulang muffin. Senduk campuran sehingga memnuhi separuh ruang acuan muffin (jangan terlalu pnuh kerana muffin akan mengembang nanti).
- Untuk inti muffin, senduk pula 1-1/4 camca teh sapuan strawberi atau jam buah-buahan lain ke dalam campuran muffin yang telah dirapikan ke dalam acuan.
- Tutup kembali sisa sapuan atau jam dengan lebihan campuran tepung tadi supaya muffin akan mengembang dengan kemas.
- Bakar pada suhu 350° selama 15-20 minit. Cuba untuk cucuk muffin dengan lidi dan sekiranya lidi yang ditarik keluar itu bersih, bermakna muffin anda telah masak dengan sempurna.
- Biarkan ia sejuk selama 5 minit di dalam acuan tersebut sebelum anda alihkannya ke atas redai kek.
Selamat mencuba!