Tiada jalan pintas untuk mendapatkan bentuk badan ideal! Untuk sihat! Hanya dengan diet yang betul serta bersenam merupakan cara yang paling terbaik untuk capai impian anda. Bagaimanapun, pengambilan makanan anda perlu selari dengan rutin senaman bagi membantu anda menjalani kehidupan yang sihat.
Diet yang seimbang? Apa yang perlu anda ambil?
Anda perlu mengambil makanan yang berkhasiat, minum air yang secukupnya lebih-lebih lagi dalam keadaan Malaysia sekarang. Apabila merancang makanan, pilihlah makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks, protein tanpa lemak, bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan berserat tinggi, produk tenusu rendah lemak dan lemak yang sihat. Makanan seperti ini menggalakkan pembebasan tenaga secara perlahan, serta memastikan badan anda mendapat kesemua vitamin dan mineral yang diperlukan.
Spoon Health Organic Chia Seed, biji chia merupakan tanaman purba tamadun Maya dan Aztec (‘chia’ adalah perkataan Maya yang bermaksud ‘kekuatan’) yang mengandungi Omega3 untuk kesihatan jantung, protein, serat, antioksida dan nutrien-nutrien penting seperti kalsium, magnesium dan vitamin B3. Pastinya ia bukan calang-calang makanan berkhasiat.
“Biji chia mengandungi sembilan asid amino penting dan digelar sebagai salah satu protein ‘lengkap’. Kaya dengan kandungan serat yang tinggi (10g dalam dua sudu besar), biji chia mampu memberikan anda tenaga yang berpanjangan semasa berpuasa, menjadikannya pilihan yang bijak buat sahur. Hanya tambah satu sudu besar biji chia ke dalam makanan atau minuman anda untuk menikmati khasiatnya,” kata Henry Cheah, Pengasas Spoon Health.
Terdapat dalam tiga saiz, 150g (RM21.09), 450g (RM 52.89) dan 900g (RM 95.29), Spoon Health Organic Chia Seed adalah disahkan halal dan organik, serta bebas daripada GMO dan gluten.
Anda boleh dapatkan secara online di www.spoonhealth.com atau di farmasi, kedai runcit dan kedai online yang terpilih. Untuk senarai penuh, sila rujuk laman web Spoon Health.