Kita lazimnya begitu cenderung untuk mencari sumber makanan yang sihat berasaskan sayur-sayuran organik serta daging lembu atau ayam yang diproses dengan penuh teliti demi mengamalkan gaya hidup sihat. Itu apa yang anda hadam di dalam tubuh. Jadi, bagaimana pula dengan apa yang anda letakkan di bahagian luar badan anda yakni di atas kulit?
Beribu tahun lamanya, manusia memanfaatkan khazanah alam semula jadi untuk menjaga serta mengekalkan kecantikan. Ianya memang berkesan!
Sementara itu, teknologi inovasi baru yang digunakan untuk janaan kosmetik masa kini pula sekaligus mampu menambah baik kondisi sumber alam berkenaan.
Baru-baru ini, jenama rangkaian penjagaan wajah O’slee ada menawarkan produk topeng muka yang menggunakan buah delima dan madu sebagai bahan utama. Ianya bisa menjadi solusi kepada permasalahan kulit kusam dan penuaan yang ramai wanita alami.
Buah delima adalah antara bahan yang paling berharga, bisa membekalkan khasiat anti-oksidan tiga kali lebih efektif daripada teh hijau untuk memelihara kulit wajah daripada bahaya radikan serta efek penuaan di awal usia.
Sejak zaman Yunani Purba, ramai yang telah mengetahui kebaikkan dan manfaat buah delima untk kecantikkan fizikal.
Bukan itu sahaja, buah berharga itu turut digabungkan dengan ekstrak susu untuk memberi kelembapan sepenuhnya terhadap kondisi kulit orang Asia yang rata-ratanya terdedah pada sinaran matahari saban hari. Dalam masa yang sama, susu berfungsi mencerah kulit dari pigmentasi menjadikan permukaan kulit lebih halus dan mulus seperti helaian sutera.
Asid Hyaluronik yang terkandung dalam O’slee Pomengranate Milky Mask ini pula berkhasiat untuk menegangkan kulit, tidak kering dan menghasilkan kolagen semula jadi. Kolagen adalah protien semula jadi yang dihasilkan oleh badan manusia untuk menegang kulit serta mengurangkan penampilan pori pada wajah. Manakala Kaolin yang ada pada topeng muka berkenaan turut menyerap minyak dan segala kotoran pada kulit, menjadikannya lebih berseri!
O’slee Honey Sugar Mask khas untuk rejim penjagaan kulit ringkas di mana ia berfungsi untuk mencerah, menghakis sel kulit mati serta melembabkan kulit tanpa memberi impak negatif mahupun rasa sakit dalam masa 10 saat!
Seperti yang kita tahu, gula perang mempunyai kuasa untuk menjadikan kulit lebih putih. Jadi, tiada lagi masalah liang pori tersumbat atau blackheads apabila menggunakan O’slee Honey Sugar Mask!
Kedua-dua topeng muka ini boleh didapati pada harga promosi RM35.88 setiap satu sehingga penghujung Jun 2016. Kesemua produk jenama O’slee ada dijual di cawangan Guardian seluruh Malaysia.
Untuk keterangan lanjut berkenaan jenama O’slee yang berasal dari Hong Kong ini, sila layari www.oslee.com.my
Ayuh manfaatkan ramuan alam semula jadi untuk kecantikan luar dan dalam dengan O’slee!