Creepy tak tengok robot di atas?
Ricky Ma, 42, seorang jurutera dari Hong Kong telah mencipta sebuah android menyerupai manusia dan mempunyai rupa mirip pelakon popular Hollywood, Scarlett Johansson.
Jack Ma mengambil masa 18 bulan untuk menyiapkan robot yang diberi nama Mark I itu dan telah menghabiskan sebanyak $50,000 (RM193,277).
Robot tersebut mampu memahami beberapa frasa yang disebut dan boleh tersenyum serta mengenyit mata. Begitu pun Mark I bukan robot pertama dihasilkan kerana di Jepun, robot menyerupai manusia telah pun digunakan untuk menggantikan penyambut tetamu.