Selenators! Berita baik untuk anda. Buat pertama kalinya, penyanyi dan pelakon terkenal, Selena Gomez akan datang ke Malaysia pada 25 Julai ini untuk mengadakan konsert.
Konsert berkenaan adalah sebahagian daripada siri jelajah The Revival Tour yang akan bermula di Amerika Syarikat Mei ini. Bakal diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam, ia akan menjadi kemunculan pertama Gomez dalam konsert berskala besar di negara ini.
Sebelum ini, Selena Gomez pernah dijadualkan mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada tahun 2014, namun membatalkannya atas sebab kesihatan.
Tiket-tiket konsert akan mula dijual 11 April ini, dengan harga bermula dari RM285 dan boleh didapati dari 11 April di www.prworldwidelive.com dan juga Rock Corner Outlets. Lawati www.prworldwidelive.com atau hubungi 03-7493 3010 untuk senarai penuh cawangan tiket, butiran konsert dan maklumat tiket umum.