Dua hari lepas, jenama fesyen berprestij London, Burberry baru sahaja melancarkan wangian seksi khas untuk lelaki yang digelar Mr. Burberry.
Wangian ini mendapat inspirasi dari kot seragam (Trench Coat) warisan ikonik Burberry dengan mengetengahkan nota bauan herba serta kayu-kayuan sensual eau de toilete, berasaskan ramuan klasik British.
Mampu menonjolkan sisi sofistikated dan kontemporari si pria, wangian ini bagai dihembus dengan kesegaran bau kulit limau gedang, bahkan diserikan pula nota bauan akar wangi tanah serta kayu jenis guaiac untuk menyerlahkan lagi sifat maskulin.
Bukan itu sahaja, botol kaca yang menjadi titik utama keberhasilan wangian Mr. Burberry ini menyunting inspirasi dari kot seragam (Trench Coat) ikonik Burberry berwarna hitam sekaligus tampak megah dan maskulin.
Manakala ikatan simpul menggunakan riben jenis fabrik tenun gabardine berwarna hitam pada leher botol itu pula secara tidak langsung menggambarkan kemewahan seni artisan Inggeris yang telah dicipta oleh Thomas Burberry sejak 10 dekad lalu.
Para pelanggan yang berminat bisa memberi sentuhan peribadi ke atas botol wangian Mr. Burberry dengan menambah huruf singkatan pada botol berkenaan menerusi servis cetakan “monogramming” yang disediakan oleh pihak butik, pengedar sah atau di laman Burberry.com. Ia seterusnya boleh dijadikan bingkisan istimewa buat yang tersayang!
Tonton Komersial Mr. Burberry
https://www.youtube.com/watch?v=43nCD8QdGKo
Sehubungan dengan pelancaran wangian Mr. Burberry, Burberry turut komited menjayakan kempen iklan yang memaparkan bintang ternama British seperti Josh Whitehouse dan model Amber Anderson. Komersial yang berdurasi selama 30 saat itu mendapat sentuhan dari pengarah yang pernah merangkul anugerah di Oscar serta penerima Turner Prize, Steve McQueen di samping kemeriahan muzik latar yang didokong oleh penulis lagu ternama, Benjamin Clenmentine.
Untuk keterangan lanjut, sila layari my.burberry.com