UNIQLO baru-baru ini menguntai kerjasamanya dengan MRAVEL untuk mengeluarkan koleksi rekaan T-shirt bercetak UNIQLO x Marvel UT Collection.
Terdapat dalam 24 rekaan menarik, koleksi UT musim ini menampilakan cetakan watak-watak popular kegemaran ramai dari siri adiwira MARVEL seperti Captain America, Ironman dan Spiderman.
Untuk memberi lebih keterujaan bersempena tayangan Filem Captain America: Civil War yang bakal menemui anda tidak lama lagi, UNIQLO Malaysia kini ada menganjurkan satu peraduan Instagram yang membolehkan anda memenangi pas percuma untuk ke tayangan perdana filem Marvel hebat berkenaan!
Tayangan perdana tersebut akan berlangsung di dewan tontonan LUXE panggung wayang TGV. Peraduan bermula dari 8-17 April 2016. Jangan lepaskan peluang untuk melihat aksi watak Marvel kegemaran anda!
Muat naik foto anda dengan lagat yang paling kreatif sambil memakai mana-mana rekaan T-Shirt dari koleksi UNIQLO x Marvel UT Collection, gunakan hashtag #uniqloxmarvel serta tag pada @uniqlomuofficial untuk menyertai peraduan hangat ini!
UNIQLO Marvel T-shirt untuk lelaki dewasa adalah RM59.90 sehelai manakala RM39.90 untuk kanak-kanak. Kunjungi cawangan UNIQLO yang berdekatan di sekitar anda untuk mendapatkannya hari ini. Untuk keterangan lanjut, sila layari www.uniqlo.com/my