Relationship Goals! Itu kenyataan paling tepat untuk pasangan selebriti muda yang sedang sakan dilamun cinta Gigi Hadid dan Zayn Malik ketika sesi pengambaraan Majalah Vogue edisi Mei.
Mulai dari foto mereka ketika menjelajah bandar dengan motorsikal, bermesra di bilik tidur, pasangan supermodel dan penyanyi ini kelihatan sangat intim.
Difahamkan mereka berdua mulai intim pada November tahun lalu, setelah Gigi putus dengan Joe Jonas dan Zayn berpisah dengan tunangnya, Perrie Edward. Walau tidak mengesahkan secara rasmi soal hubungan mereka, foto dari paparazzi dan Instagram mereka sudah cukup menjadi bukti bahawa kedua-duanya memang menjalin cinta.
Melihat kemasyhuran dan pencapaian yang dimiliki kedua-dua sejoli ini, tidak dinafikan jikalau Gigi dan Zayn adalah the hottest young Hollywood couple.
Sweet mereka berdua ni, anda mungkin boleh jadikan sebagai inspirasi untuk gambar kahwin nanti.