Alahai jerawat datang lagi. Macam mana nak buat ni? Jerawat sememangnya menjadi salah satu masalah kulit yang sering kali membuatkan kita stress, tiada keyakinan, malas, kesal dan pelbagai rasa negatif.
Selain menggunakan ubat khas dari doktor untuk menghilangkan jerawat, apa lagi cara lain yang boleh digunakan untuk menghapuskan jerawat semalaman.
Untuk pengetahuan anda, jerawat boleh kempis dalam semalaman dengan hanya menggunakan bahan alami ini. Bahan alami tersebut adalah madu dan telur. Bagaimana cara memanfaatkan madu dan telur tersebut?
Anda hanya perlukan 2 sudu makan madu, 1 sudu putih telur dan 1 sudu makan air perahan leom. Campur kesemua bahan ini dalam bekas dan kacau rata sehingga membentuk pes. Pastikan anda cuci wajah sampai bersih terlebih dahulu, keringkan dengan tuala. Jika sudah bersih, aplikasikan ke seluruh wajah atau di kawasan yang berjerawat. Biarkan selama 30 minit atau hingga 1 jam, biar sampai kering. Bilas wajah dengan air sehingga bersih. Keringkan dengan tuala. Seterusnya anda boleh pakai pelembab semulajadi dari minyak zaitun untuk hasil yang lebih menakjubkan.
Dengan cara ini, jerawat anda yang derita akan kempis hanya dalam semalaman sahaja. Untuk hasil yang maksimum, imbangi dengan minum air putih, makan sayur-sayuran dan buah-buahan, rehat cukup dan pastikan bahawa kulit bebas dari sebarang solekan semasa tidur.
Nota
Madu mampu mengangkat sel kulit mati yang berpunca daripada jerawat dan ruam. Telur membantu kulit tetap halus dan lembut. Sementara air perahan lemon boleh menyegarkan kulit dan membunuh bakteria dan virus penyebab jerawat melalui kandungan zat asam yang terkandung di dalamnya.