Gedung membeli-belah atas talian dilihat semakin mendapat perhatian para pengguna masa kini. Oleh itu, sebuah rancangan yang bakal memaparkan kehidupan realiti seorang wanita berkaliber yang juga merupakan seorang ibu, isteri serta Pengasas kepada Fashion Valet akan ditayangkan di Astro Ria dan Astro Ria HD, saluran 104 dan 123 pada 11 April ini.
“Love, Vivy” yang merangkumi 8 siri episod akan meneroka ke alam wanita yang sering dikaitkan dengan fesyen dan dunia kecantikan ini di dalam membangunkan empayar perniagaannya yang dikatakan pernah mencapai keuntungan mencecah RM10 Juta pada penghujung 2014 lalu. Selain tanggungjawabnya menguruskan keluarga, termasuk anak-anak dan suami, Vivy juga dalam masa yang sama ada menjalankan keluaran jenama tudungnya sendiri iaitu dUCk.
Di samping memberi inspirasi kepada para wanita di luar sana, racangan ini turut bertujuan untuk memperlihatkan kehidupan Vivy yang acap kali sibuk tetapi masih lagi berpeluang untuk mendatangkan keberuntungan di atas usaha keras tanpa mengenal erti putus asa.
Penonton juga bakal melihat, bagaimana Vivy mula-mula mengatur langkahnya dalam bidang perniagaan yang ada turun dan naik meskipun Fashion Valet hanya bermula dengan 3 jenama sahaja dan kini telah berjaya menempatkan hampit 500 jenis jenama fesyen yang pelbagai sambil dibantu 100 orang kakitangan. Peminat Vivy pasti akan seronok melihat perjalanan hidup wanita ini dan apa yang berlaku di sebalik tabir kejayaannya.
Bukan itu sahaja, kaum wanita harus bijak mengatur langkah jika ingin berjaya dalam bidang perniagaan. Seperti Vivy, “Love, Vivy” akan memberi tunjuk ajar dan banyak panduan dalam mengelolakan bidang perniagaan walaupun harus membahagikan masa 24 jam sehari untuk banyak perkara mustahak.
Jangan lupa saksikan “Love, Vivy”, setiap hari Isnin, jam 9.30pm bermula 11 April hingga 30 May 2016, hanya di Astro Ria dan Astro Ria HD, saluran 104 dan 123.
Fashion Valet telah ditubuhkan pada 2010 dengan matlamat untuk membawakan fesyen dan helaian manarik khas buat wanita serta lelaki berpandukan trend serta gaya pemakaian masa kini di bawah satu bumbung, sekaligus telah banyak menerima permintaan dari Eropah, Amerika, sekitar Asia, Timur Tengah dan Australia.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.fashionvalet.com