Jepun dan Korea Selatan adalah sebahagian lokasi percutian yang sering menjadi pilihan para pelancong dari Malaysia yang gemar meneroka ke bahagian bumi yang unik itu. Tidak dinafikan, apabila melancong, ramai di antara kita yang mungkin menghadapi masalah kewangan apabila ingin menempah tempat penginapan yang selasa.
Oleh itu, Hotels.com ada menawarkan beberapa pilihan tempat penginapan yang bukan sahaja berpatutan, malah diterapkan dengan nilai dan budaya orang tempatan yang pasti memberi seribu satu kepuasan kepada anda yang datang menginap.
Seoul iaitu ibu negara kepada Korea Selatan amat terkenal dengan kesibukkan di segenap kota metropolis. Terdapat banyak perkara yang boleh anda lakukan sepanjang berada di sana. Apa kata anda ambil peluang untuk membongkar rahsia yang ada di sebalik Changdeokgung Palace serta pergi membeli-belah di Myeongdong Shopping Street.
Malah, jangan ketinggalan untuk menginap di rumah tumpangan selesa yang terletak berhampiran dengan tempat tarikan pengunjung seperti Gyeongbok Palace dan Jogyesa Temple. Anda pasti merasakan nikmat!
Dengan adanya pemandangan indah gunung-ganang serta hidangan makanan tempatan yang mengiurkan, Tokyo yang merupakan ibu negara Jepun sering menjadi tumpuan orang untuk melawat! Jadi, ambil peluang untuk jejakan kaki ke Senso-ji Temple sebelum menjelajah ke daerah Ginza.
Jika anda nak lagi dekat dengan negara matahari terbit itu, anda bolehlah menginap beberapa malam di Shinjuku Kuyakushomae Capsule Hotel. Walaupun ia tidak terletak di tengah-tengah kota Jepun, ia masih lagi dikelilingi dengan beberapa tarikan pelancong seperti Candi Meiji Jingu serta Taman Negara Shinjuku Gyeon.
Meskipun Korea dan Jepun dilihat sangat terkenal menjadi pilihan lokasi paling hangat bagi para pelancong tanah air, Taiwan juga apa kurangnya?
Taipei yang merupakan ibu negaranya diserikan dengan banyak bangunan pencakar langit yang hebat! Malah, gerai makanan jalanan yang menyediakan variasi hidangan enak pasti mampu menambat hati pengemar makanan senatero dunia yang datang!
Jika anda melancong ke Taiwan, jangan lepaskan peluang untuk naik ke menara Taipei101 untuk melihat keindahan pemandangan daerah Taipei dari atas. Seterusnya, anda boleh meneruskan perjalanan untuk meneroka keaslian sejarah Confucius Temple.
Sebagai penginapan sepanjang anda di Taiwan, anda boleh menarik hela segar di Bouti City Capsule Inn yang terletak betul-betul di tengah bandar malah, asrama ini juga bisa mengaturkan lawatan dan tempahan tiket khas untuk anda!
Pilihan lain:-
SEOUL
Hyosunjae Hanok Guesthouse – (2 bintang)
Jimat 10%: Harga dari RM 264
Yoo’s Family Guest House – (3 bintang)
Jimat 20%: Harga dari RM 252
JEPUN
Shinjuku Kuyakushomae Capsule Hotel – (1.5 bintang)
Jimat 40%: Harga dari RM 205
Guest House Wasabi – (2 bintang)
Jimat 10%: Harga dari RM 235
TAIWAN
Bouti City Capsule Inn – (2.5 bintang)
Jimat 35%: Harga dari RM 141
Ximen WOW Hostel – (2 bintang)
Jimat 25%: Harga dari RM 141
Mula buat tempahan sebelum atau pada 30 April 2016 untuk menikmati potongan harga sehingga 40%. Kesemua tawaran adalah sah untuk kunjungan sebelum atau pada 15 Jun 2016. Tertaluk kepada terma dan syarat, hanya dari Hotels.com.