Bersempena dengan musim Bunga/Panas 2016, gedung membeli-belah terkemuka ibu negara, Pavilion Kuala Lumpur dengan bangganya mempersembahkan satu acara gilang gemilang terbesar, mengetengahkan prinsip fesyen dengan bertemakan “Spring Into Style”.
Sambutan ini bakal berlangsung dari 7 April hingga 2 Mei 2016 yang menampilkan pameran helaian sedia dipakai “Ready-To-Wear”.
Tempoh hari pada majlis pelancarannya, ramai tetamu undangan yang terdiri daripada golongan elit turut ikut serta. Antara aktiviti menarik yang menceriakan kempen ini adalah termasuk persembahan peragaan fesyen patung “mannequin”, penyediaan manisan oleh pembuat yogurt Spanish, Llao Llao, pelancaran Red Balloon Tea oleh TWG Tea serta galeri “Spring Into Style Editors’ Must-Haves” yang menampilkan 11 pilihan para Editor fesyen ternama Malaysia.
Untuk memeriahkan lagi sambutan musim bunga ini, jangan ketinggalan untuk menyaksikan jenama pereka fesyen Paul Smith mengelolakan pemasangan seni timbul eksklusif berdasarkan barang kelengkapan rumah dari “ToiletPaper” iaitu sebuah majalah seni artisan Itali yang sering hasilkan karya eksentrik yang disokong oleh syarikat pereka Itali, Seletti.
Canali juga akan mempamerkan servis “made-to-measure” yang menggabungkan kepakaran jenama Itali bersama kemasan tukang jahit handalnya dalam menghasilkan persalinan sut mewah khas untuk lelaki. Jenama lain seperti MCM dan Prada turut akan menjalankan upacara istimewa yang menekankan koleksi Musim Bunga/Panas 2016.
Khas untuk anda, dengan kerjasama bersama Turkish Airlines, pembeli berpeluang memenangi sepasang tiket penerbangan dua hala Kelas Perniagaan ke Dubrovnik, Croatia dengan setiap pembelian bernilai RM5,000 di mana-mana kedai atau butik dalam Pavilion yang mengambil bahagian sepanjang kempen berlangsung.
Manakala pembeli yang berbelanja sehingga RM800 di Fashion Avenue atau RM1,000 di mana-mana kedai dalam Pavilion pula layak menerima Beg Tote percuma dan baucar tunai Rm100 sumbangan Bebe.
Lebih banyak anda berbelanja, lebih besar peluang anda untuk mendapatkan pass undangan ke acara eksklusif tertutup! Nak menang set NARS Basic Face berserta sesi solekan percuma? Cepat! Berbelanjalah dengan jumlah RM5,000 di Pavilion sekarang!
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.pavilion-kl.com.