Sebagai sambutan 1 tahun keberadaannya di Malaysia dalam memenuhi keperluan sejagat, 11street yang merupakan gedung membeli-belah atas talian terkemukaberas al dari Korea kini dilihat semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.
Sehubungan itu, untuk memberi lebih kenikmatan kepada para pengguna sejak kewujudannya pada 11 April 2015 yang lalu, 11street komited untuk membawakan tawaran hebat melalui inisiatif Shocking Deals yang menawarkan variasi potongan harga hebat ke atas beberapa servis dan barangan yang hangat menjadi topik perbualan orang ramai.
“Rakyat Malaysia masing-masing sering menimbang-tara keberuntungan yang mereka akan dapat sebagai pulangan sebelum membeli. Oleh itu, melalui inisiatif Shocking Deals ini, para pengguna bisa menikmati penjimatan berganda, lebih-lebih lagi jika mereka memuat-turun aplikasi telefon pintar dan berbelanja menggunakannya. Lebih banyak tawaran eksklusif yang boleh mereka manfaatkan!”, jelas Ketua Pegawai Eksekutif 11street, Hoseok Kim.
Lebih menarik, 11street turut mendedahkan kerjasamanya bersama dengan Xpax dalam memperkenalkan Magic Sim baharu! Magic Sim membolehkan pemiliknya menikmati diskaun 10% setiap kali menambah nilai selama setahun! Dengan syarat, tambah nilai itu harus dibeli melalui tawaran Shocking Deals yang dijana oleh 11street.
Untuk pengetahuan anda lagi, 11street sentiasa komited untuk bantu rakyat Malaysia berjimat-cermat selari dengan matlamatnya dalam menawarkan barangan keperluan yang lebih murah berbanding barangan sama yang dijual di gedung atas talian yang lain. Malah, 11street akan memberi bayaran pulangan kepada para pelanggan jika terdapat gedung atas talian lain meletakkan harga lebih murah ke atas barangan sama dari yang ditawarkan di 11street.
Justeru, dalam masa yang sama, 11street ada juga melancarkan satu lagi program loyalti iaitu “11 Days of Shocking Giveaways” yang memberikan varisi pilihan tawaran hebat pada harga rendah. Sepanjang program ini berlangsung, pengguna berpeluang menikmati pelbagai kupon dari jenama-jenama hebat setiap hari termasuk BHPetrol, Caring Pharmacy, Laniege, Melissa, OPPO, Tefal, TGV dan banyak lagi!
Dengan adanya selebriti Zizan Razak dan Elizabeth Tan sebagai Duta Baru 11street Malaysia, pasti ianya lebih hebat! Jangan ketinggalan untuk turut serta dalam sambutan ulang tahun sulung 11street Malaysia dengan menikmati pengalaman membeli-belah barangan keperluan pada harga terendah bermula hari ini. Cari apa yang anda suka di 11street!
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.11street.my