“Jewelry, I’m telling you. It’s a thing. And love. And maybe danger” – Kami Garcia, Beautiful Creatures
Endless Jewelry, jenama barang kemas antarabangsa dari Denmark kini melancarkan Koleksi SS16 yang telah lama dinanti-nantikan. Ia turut merangkumi beberapa rekaan terbaru untuk Koleksi Jennifer Lopez. Koleksi Musim Bunga / Panas 2016 ini diinspirasikan daripada keberanian, positif dan tenaga. Koleksi SS16 hadir dengan pilihan rekaan gelang kulit dan lebih daripada 100 jenis charm baharu untuk dipilih.
Endless Jewelry membawakan mesej supaya “berkongsi semangat positif”, bersama-sama dengan koleksi yang berkonsepkan “warnai kehidupan anda”.
Terbaru dalam Koleksi Jennifer Lopez
Jennifer Lopez, Duta Jenama dan Pereka Bersama Endless Jewelry ingin menggalakkan kaum wanita supaya menakluki dunia dengan keberanian – serta mempercayai diri sendiri dan berkongsi kegembiraan ini dengan orang lain.
Koleksi barang kemas untuk musim ini boleh diringkaskan dalam tiga perkataan yang memukau: feminin, keaslian dan bertenaga. Mantera rekaan ini diilhamkan oleh Jennifer Lopez sendiri, untuk mentafsirkan koleksi barunya yang ‘edgy’. Saksikan tafsiran gaya oleh JLo sebagai sebahagian daripada Koleksi Endless SS16. Gabungan mutiara cantik yang penuh sofistikasi dengan sedikit gambaran “glam rock”, seperti yang dapat dilihat pada set-tangan, kubik zirconia berpotongan berlian.
Warna Untuk Disesuaikan Dengan Gaya Anda
Juga baru dalam musim ini ialah gelang kulit ikonik versi 3-tali berganda yang elegan dan boleh didapati dalam warna lembut. Anda pasti akan terpesona dengan warna hijau tua metalik dan warna merah jambu metalik yang feminin. Ia boleh dipadan suai dengan siri warna Pasir dan Pic untuk nampak lebih lembut dan menyenangkan. Anda juga boleh menyerlahkan gaya dengan siri warna Perak atau Emas atau pun meluaskan spektrum dengan warna Endless yang lain seperti kuning air atau hitam. Semuanya terpulang pada anda tentang campuran warnanya.
Batu Kelahiran: Tambahan warna, tambahkan kemungkinan
Batu Permata yang seiring dengan bulan kelahiran adalah penambahan terbaru kepada koleksi Endless Jewelry. Ianya adalah menjadi tradisi sejak beberapa abad lalu untuk mengaitkan batu permata yang berlainan warna dengan 12 bulan dalam setahun. Endless membawakan konsep ini dalam batu-batu permata yang berwarna menarik, masing-masing hadir dengan maksud yang tersendiri. Pilihlah batu permata kelahiran anda bersama mana-mana warna kegemaran anda, agar ia saling bergema dan menyerlahkan keyakinan dirimu.
Charm perak berkonsepkan khazanah laut
Siri charm yang mendapat ilham daripada khazanah laut yang menarik diperkenalkan buat julung kalinya. Ia hadir dengan warna laut yang indah dan melambangkan ketenangan dan kesucian.
Tuah yang Tiada Berpenghujung: Sesiapa pun Boleh Memilikinya
Reka gelang anda sendiri dan berjalan dengan penuh keyakinan kerana mengetahui anda diselubungi aura positif yang dibebaskan daripada charm bertuah kegemaran anda. Pilihlah daripada 12 jenis penggantung perak untuk menyempurnakan dan menyerlahkan aura positif anda.
Kami menjemput anda untuk hadir melihat Koleksi SS16 yang baru dan semoga anda turut mendapat inspirasi daripadanya.
Butik Endless Jewelry terletak di:
- LG1, Sunway Pyramid
- Tangs, 1 Utama
- Isetan, The Gardens
- Metrojaya, Mid Valley