Bersempena dengan Hari Ibu yang jatuh pada 8 Mei ini, apa yang anda ingin berikan pada bonda tersayang? Baucer Groupon seperti pakej rawatan kecantikan? Makan besar? Percutian? Sebenarnya apa sahaja boleh diberikan asalkan ianya ikhlas dari anda.
Kalau dah buntu, nah tengok antara idea istimewa dari kami. Lagi satu, sesekali berbelanja besar untuk ibu, apa salahnya bukan.
1. Jambangan bunga eksklusif secara percuma dari Burberry. Istimewanya jambangan bunga yang digubah adalah diinspirasi dari bunga-bungaan yang terkandung dalam nota wangian foral istimewa My Burberry termasuk Sweet Pea, Bunga Freesia, kuntuman Peony, Mawar dan dedaun “Autumn Eucalyptus”.
2. Apa kata kejutkan ibu anda dengan SK-11 Facial Treatment Essence Edisi Terhad Spring Butterfly. Mungkin sudah tiba masanya untuk mengubah masa depan ibu dengan hadiah kecantikan. Bukan anda seorang je nak cantik, ibu anda pun nak juga kekal awet muda remaja.
3. Endless Jewelry telah memperkenalkan satu siri charm yang indah untuk membolehkan anda mencipta rekaan tersendiri sebagai hadiah khas buat ibu tersayang.
4. Lagi satu anda boleh berikan wangian daripada jenama terkemuka berbeza yang mampu menambat hati ibu anda. Kalau nak lagi best, anda boleh ke perfume shop dan pilih mana haruman yang sesuai untuk ibu anda.
5. Kejutkan ratu hatimu dengan sebuah beg tangan dari koleksi Soft Swagger baru dari Coach ini, lantas ibumu pasti gembira tak terkata!
6. Koleksi Wanna be Carioca oleh Melissa untuk musim bunga/panas 2016 ini membawakan pelbagai keseronokan serta pilihan kasut yang cukup funky untuk sesiapa sahaja. Sudah tentu ibu anda rasa lebih muda bila memakainya.
Dah pilih mana yang sesuai untuk ibu anda? Selamat Hari Ibu!