Buat julung kalinya, Syarikat Penerbangan Vietnam VietJetAir mengumumkan laluan antarabangsa baharu menghubungkan Kuala Lumpur ke Bandar Ho Chi Minh yang akan beroperasi setiap hari bermula 1 Jun 2016.
Tempoh penerbangan dijangka akan mengambil masa selama 1 jam 55 minit. Naib Presiden VietJetAir, Nguyen Thi Thuy Binh berkata, “Pelancaran laluan baharu ini adalah langkah pembangunan terkini bagi memperluas rangkaian operasi VietJet di sekitar Asia Tenggara.”
“VietJet menjangka untuk menawarkan penumpang dengan lebih banyak pilihan untuk kemudahan perjalanan penerbangan mereka dengan tambang yang berpatuta serta pengalaman menyeronokkan”, tambahnya.
Sebagai promosi pengenalan kempen “It’s Time To VietJet! Amazing Flights To Ho Chi Minh City”, VietJet akan memberi 50,000 tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Ho Chi Minh dengan harga RM0.00. Anda boleh menempah tiket promosi berkenaan dari 12 April hingga 18 April 2016 sahaja. Sehubungan itu, tempoh perjalanan adalah bermula dari 1 Jun hingga 20 Oktober 2016 (tidak termasuk cuti umum).
Sila layari www.vietjetair.com untuk menempah atau lawat laman Facebook mereka di www.facebook.com/vietjetvietnam dan klik pada butang “Booking”. Pembayaran boleh dilakukan dengan Visa, MasterCard, JCB dan American Express.
Jom alami pengalaman penerbangan bersama VietJetAir hari ini! Penumpang bakal menikmati servis berkualiti yang disediakan, termasuk SkyBoss serta peluang untuk memenangi tambang ekonomi dan kejutan istimewa dari pelbagai kempen promosi yang dijalankan oleh syarikat penerbangan ini.