Ramai di antara wanita Malaysia sering berasa tidak selesa dengan diri mereka, bahkan buntu apabila berbicara tentang amalan kehidupan seksual. Istilah seksual itu sendiri bermaksud aktiviti atau keinginan yang berkaitan dengan sentuhan fizikal intim antara individu dan pasangannya.
Seperti yang kita tahu, wanita lebih sukar untuk dipuaskan berbanding lelaki ketika melakukan hubungan kelamin. Oleh hal yang demikian, merujuk kepada sebuah kajian yang dijalankan oleh Smile Makers iaitu sebuah syarikat pengeluar alatan dan produk yang bisa membantu kehidupan seksual wanita masa kini mendapati, 68% wanita Malaysia merasakan bahawa kepuasan seksual adalah mustahak mendahului sebanyak 21% dari wanita di Singapura.
Jadi, demi membantu wanita Malaysia mendapatkan kepuasan seksual yang sihat dan optimum, Smile Makers berkolaborasi bersama Watsons untuk memperkenalkan beberapa inovasi terkini yang dijamin sempurna termasuklah cecair pelincir serta peranti mengurut; berkesan untuk memberi kepuasan seksual yang diidamkan kaum wanita.
Bagi mereka yang bukan Islam, anda boleh cuba menggunakan peranti pengurut faraj terkini dari rangkaian Smile Makers Personal Massagers -berfungsi untuk merangsang kepuasan seksual anda secara menyeluruh dan selamat. Ianya diperbuat daripada material silikon lembut yang pasti memberi keselesaan, sekaligus mudah dibersihkan, bebas dari “phthalates”, tidak menghasilkan bunyi, kalis air serta memilki pelaras mod kelajuan yang bisa ditentukan mengikut kehendak si pengguna.
Berbalik kepada kajian Smile Makers berkenaan kepuasan seksual wanita itu tadi, ia turut mendapati 78% wanita Malaysia mengaku yang mereka sering menghidap kekeringan pada dinding faraj sehingga menyebabkan kesakitan tatkala melakukan hunbungan intim. Dalam masa yang sama, wanita Malaysia amat mementingkan keselamatan serta bahan yang terkandung dalam cecair pelincir yang ingin digunakan.
Sebagai jalan penyelesaian yang efektif, Smile Makers juga menawarkan rangkaian cecair pelincir yang terdiri daripada Little Light Liquid, Stay Silky Serum dan Generous Gel. Kesemua cecair pelincir berkenaan diformulasi dengan bahan bermutu dan sihat seperti ekstrak tumbuhan semula jadi, malah selamat digunakan ke atas kulit sensitif. Apa yang lebih menarik, Smile Makers Personal Lubricants ini tidak mempunyai sebarang haruman meragukan dan bebas dari “paraben”.
Ya! Bagi golongan wanita yang beragama Islam, meskipun anda dilarang untuk menggunakan sebarang objek yang bisa merangsang klimaks, anda sebenarnya masih boleh menggunakan pelincir ketika melakukan hubungan intim bersama suami demi menggalak kelancaran. Kesemua kandungan yang terdapat dalam cecair pelincir Smile Makers diakui 99.5% asli, memberikan kelembapan berpanjangan serta sesuai untuk bertindak balas dengan kondom mahupun rangkaian Personal Massagers Smile Makers bagi pengguna yang menggunakannya.
Kini, tiada lagi masalah untuk wanita Malaysia mencapai kepuasan seksual yang berpanjangan! Rangkaian Smile Makers Personal Massagers (RM129) dan Personal Lubricants (RM59) ini boleh dibeli dari cawangan Watsons berdekatan. Untuk keterangan lanjut, sila layari smilemakerscollection.com.