Bermula dari 18 hingga 24 April 2016, H&M Malaysia akan menganjurkan satu kempen kitar semula besar-besaran yang dijayakan bersama platform pengangkutan awan terkemuka di rantau Asia Tenggara iaitu Grab.
Kini, anda semua tidak perlu bingung untuk terus mencari ruang almari bagi menyimpan baju-baju lama! Melalui kempen kitar semula ini, H&M menjangkakan untuk mengumpul lebih 1,000 tan pakaian mahupun tekstil terpakai yang disumbangkan orang ramai melalui 3,600 buah gedung H&M seluruh dunia.
Bukan itu sahaja, sepanjang kempen ini berlangsung, pengguna Grab bisa membuat tempahan pengambilan helaian terpakai mereka di sekitar kawasan Lembah Klang dari jam 11am hingga 3pm setiap hari. Tempahan pengambilan boleh dilakukan dengan satu klik mudah pada ikon H&M yang terdapat dalam aplikasi telefon pintar Grab.
Semasa kenderaan Grab membuat kutipan, anda akan diberikan 2 baucar diskaun bernilai 15% untuk setiap satu bag yang berisi pakaian mahupun tekstil terpakai yang disumbangkan!
Yup! Anda boleh sumbangkan apa sahaja termasuk stokin lama, tuala lusuh, blaus yang kehilangan bintang, asalkan sahaja material tidak rosak sepenuhnya dan masih kelihatan elok serta bisa dibaiki kembali untuk kegunaan kali kedua.
Untuk memberi lebih kegembiraan kepada peminat setia fesyen H&M, anda bakal digemparkan dengan pembukaan cawangan baru H&M di AEON Mall Shah Alam pada 21 April 2016, jam 12pm. Manakala buat julung kalinya juga H&M bakal melancarkan gedung pertama di AEON Mall Kota Bharu, Kelantan pada 28 April 2016, tepat jam 10am.
Kedua-dua buah gedung baru H&M ini masing-masing merupakan gedung ke-25 dan ke-26 yang bakal dibuka untuk memenuhi sambutan menggalakan dari rakyat Malaysia.
Dalam masa yang sama, H&M begitu komited untuk menyediakan rangkaian fesyen terkini khas untuk semua golongan masyarakat dari kanak-kanak, remaja hinggalah kepada wanita dan lelaki. Merujuk kepada pemilihan tarikh pembukaan gedung H&M di AEON Mall Shah Alam, ia secara tidak langsung jatuh pada tarikh kempen sambutan minggu kitar semula sedunia.
200 pelanggan pertama yang hadir pada pembukaan gedung H&M AEON Mall Shah Alam akan menerima hadiah ekslusif dari H&M serta baucar membeli-belah yang bernilai hingga RM500, hanya sah digunakan pada hari pembukaan tersebut. Jangan ketinggalan untuk menyertai kemeriahan berganda bersama H&M!
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.hm.com/my