Hari ini penulis ingin berkongsi resepi baru untuk anda semua. Anda tak sesiapa yang teringin nak makan sup labu ataupun dalam Bahasa Inggerisnya pumpkin soup? Resepi sup labu ini boleh dibuat sama ada pekat mahupun yang ringan, ikut kesukaan anda. Ianya boleh dimakan pada sarapan, starter, ataupun snek malam dicecah dengan roti. Lagi satu, sup labu ini sangatlah mengenyangkan.
Bahan-bahan:
- 1 Kg labu yang masak
- 190 ml Krim memasak (cooking cream)
- Minyak masak (virgin olive oil)
- 2 labu bawang besar (hiris)
- 1 kiub pati ayam dicairkan di dalam 1500ml air panas
- Serbuk lada hitam
Cara membuatnya:
1. Panaskan 4 sudu besar minyak dalam periuk dan tumis bawang sehingga lembut. Jangan sampai bertukar warna ya, kalau tidak nanti warna sup anda akan berubah.
2. Masukkan labu yang telah dipotong kecil. Masak selama 8-10 minit sehingga warna menjadi kuning keemasan dan sedikit lembut.
3. Tuangkan larutan kiub ayam dan biarkan mendidih. Kemudian reneh sup tersebut selama 10 minit.
4. Masukkan krim memasak dan biarkan mendidih. Tutup api dan masukkan garam dan sedikit serbuk lada hitam mengikut cita rasa anda.
5. Blend sup tersebut sehingga sebati. Nota – Jika gunakan hand blender, anda boleh terus blender dalam periuk, tapi jika tidak ada, anda boleh guna blender yang biasa cuma harus tunggu sehigga sup sejuk sedikit.
6. Sedia dihidangkan begitu sahaja atau disertakan bersama roti bakar untuk sarapan. Elok dimakan ketika panas dan ianya boleh disimpan lama dalam peti sejuk.