Manusia tidak pernah terlepas dari belenggu masalah peribadi, lebih-lebih lagi perihal masalah kewangan.
Bagi mereka yang mempunyai pasangan hidup, setidak-tidaknya masih ada harapan untuk individu yang berkenaan saling berkongsi idea mencari jalan menyelesaian yang terbaik untuk meneruskan hidup. Tetapi, bagaimana pula jika wanita itu menyara kehidupan diri dan anaknya seorang diri?
Hidup sebagai ibu tunggal sememangnya bukanlah perkara yang mudah. Baik wanita yang masih bujang atau telah berumah tangga, sebaiknya kita menyediakan payung sebelum hujan agar kemudian, apabila masalah mula menyerang diri, kita mempunyai suatu rancangan sandaran yang bisa digunakan.
Tempoh hari, Freda Liu yang merupakan seorang ikon wanita hebat bekerjasama dengan Zurich untuk mengadakan satu majlis sembang santai yang bertempat di Crave Cafe, Oasis Square bagi memperkasakan golongan wanita.
Freda Liu mengambil kesempatan yang ada untuk berkongsi pengalaman isi hidupnya, bagaimana dirinya bisa bangkit dari segala dugaan yang pernah menerkam hidupnya. Merupakan seorang ibu tunggal yang sentiasa peka tentang hubungan silaturrahim dengan anaknya, beliau mengakui yang suatu ketika dahulu, dirinya pernah melakukan 3 kerja dalam satu masa demi mengukuhkan kewangan peribadi.
Memulakan kerjaya sebagai pengamal perhubungan awam di syarikat Edelmean PR Kuala Lumpur, beliau kemudian menyertai syarikat IBM selepas 5 tahun. Disinilah dirinya banyak menimba pengalaman bagaimana untuk menilai keaslian berita dan cara membuat berita secara telus.
Jelas Freda, “Waktu itu, saya bekerja sebagai pembaca berita separuh masa di radio dan televisyen. Dalam masa yang sama, saya juga merupakan seorang pensyarah yang mengajar subjek Perhubungan Awan selama satu semester. Selainnya, saya turut menerima undangan untuk menjadi pengacara majlis, menjadi suara latar untuk iklan komersial televisyen dan saya berpuas hati dengan segala apa yang saya lakukan”.
Freda juga bersetuju yang dirinya banyak mempelajari tentang selok-belok kehidupan daripada orang lain yang pernah muncul dalam hidupnya sehari-hari. Tujuh tahun lalu, Freda juga pernah muncul dalam radio BFM 89.9 sebagai DJ yang mengetengahkan isu perbahasan perniagaan dan ekonomi secara terperinci. Jelas dirinya telah berjaya melibatkan diri dalam 1001 tugas yang berkaitan dengan bidang media dan komunikasi massa.
Kalau hendak dijadikan cerita tentang pengalaman hidup si jelita hebat ini memang tidak akan ada kesudahannya. Bagaimana pun, apa yang paling perit untuk dihadapi adalah saat keruntuhan rumah tangganya sehingga menyebabkan penceraian. “Dunia saya terasa gelap, tetapi saya kuatkan diri malah setiap hari saya akan berkata pada diri bahawa saya akan cuba keluar dari belenggu kesedihan dan bukannya untuk menjadi lebih teruk”, tambahnya.
Justeru, untuk terus menyebar inspirasi kepada kaum wanita, Freda ligat memberi beberapa panduan berguna, bagaimana untuk kekal positif antaranya dengan menggunakan konsep roda kehidupan (Wheel of Life) untuk menganalisa kestabilan diri termasuk Keluarga, Rakan, Kesihatan, Rohani, Kerjaya, Kewangan, Gaya Hidup dan Mental. Kesemua 8 aspek ini amat penting untuk ditimbang-tara demi memiliki sebuah kehidupan yang sejahtera.
Freda juga mengingatkan kepada semua, jika sering menghadapi masalah, haruslah individu itu menyelesaikan masalah yang paling rumit dahulu, selepas itu barulah masalah kecil yang lain bisa diselesaikan secara mudah.
Ramai wanita sering buntu dan takut untuk melakukan perubahan pada diri. Seseorang wanita yang ingin maju dalam diri mesti tahu berdikari kerana tiada sesiapa pun bisa membantu diri anda sebaiknya melainkan diri anda sendiri yang berdisplin serta sedar untuk bangkit menolak diri kehadapan. Di samping usaha, anda juga perlu sentiasa muhasabah diri untuk mencari titik kelemahan diri sebelum melakukan perubahan.
Berbalik kepada masalah kewangan yang sering kali muncul tanpa diduga, persediaan awal perlu dilakukan untuk mengelak masalah menjadi lebih serius di kemudian hari. Sewajarnya, setiap seorang dari wanita yang ingin hidup bahagia perlu bijak menyimpan dan melaburkan duit simpanan mereka untuk membeli insurans perlindungan. Di Zurich, terdapat beberapa pelan insurans berguna termasuklah Zurich Omni Health, Zurich Favour8 dan Zurich FlexiLife Plus.
Khas bagi golongan wanita pula, Zurich TrueLady bisa membekalkan perlindungan efisyen di setiap peringkat kehidupan wanita tersebut. Malah, ia akan matang sehingga pemegang insurans mencecah umur 100 tahun. Pelan ini membolehkan pelanggan melindungi diri tidak kira masa sepanjang hayatnya. Antara tawaran yang diberikan oleh pelan Zurich TruLady adalah seperti perlindungan untuk wanita tunggal, perlindungan untuk bakal ibu, perlindungan untuk anak-anak, dan macam-macam lagi.
Banyak keuntungan yang bisa anda jana melalui pelan-pelan insurans yang disediakan kerana Zurich sentiasa komited menyediakan perlindungan optimum, menepati keperluan wanita sejagat.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.zurich.com.my. Ayuh, lindungi diri anda dari pelbagai musibah sementara masih mampu hari ini!