Strepsils berjaya mengangkat Perayaan Hari Suara Sedunia ke satu tahap yang baru dengan meraikan muzik dalam konteks yang lebih meluaskan pada tahun ini. Kembali buat kali ketiga dengan format yang baru, pertandingan nyanyian Strepsils’ “The Right Note” bakal meneroka dan menampilkan bakat-bakat terbaik daripada kedua-dua negara jiran – Malaysia dan Singapura.
Kini, buat pertama kalinya, pencarian persembahan muzik terbaik ini akan dibuat secara di atas talian sepenuhnya di mana para peserta dapat bersama-sama berkongsi pelbagai lagu, emosi, peralatan musik, rentak dan genre dalam satu platform.
Pada tahun ini, para peserta berpeluang memenangi hadiah yang lumayan bernilai lebih RM 30,000. Hadiah wang tunai termasuklah RM 15,000 untuk juara, RM 7,500 untuk naib juara dan RM 4,500 untuk tempat ketiga. Dua hadiah saguhati akan diberikan berjumlah RM 1,500 setiap peserta.
Pertandingan nyanyian “The Right Note” dianjurkan bagi mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan dan keajaiban mengekalkan suara yang sihat di kalangan rakyat Malaysia dan Singapura, disamping menyokong matlamat serta impian penyanyi-penyanyi muda. Pertandingan ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dalam tempoh dua tahun lepas, dengan lebih 3,000 penyertaan dan lebih beratus ribu penonton menyaksikan video peserta pertandingan dalam tempoh sebulan.
Info Pertandingan Nyanyian The Right Note
1. Untuk menyertai pertandingan nyanyian “The Right Note”, para peserta dikehendaki memuat naik rakaman video berdurasi sekurang-kurangnya 15 saat ke dalam akaun Instagram awam mereka dengan hashtag #hittherightnote dan #StrepsilsMY.
2. Para peserta juga dikehendaki tag akaun Instagram rasmi kempen iaitu, @StrepsilsMYSG pada video mereka.
3. Video berkenaan kemudiannya akan dikongsikan di www.strepsilstherightnote.com antara 1 April dan 15 Mei 2016.
4. Juri akan memilih 5 peserta terbaik daripada setiap negara untuk berentap pada peringkat akhir yang akan diadakan bermula 3 hingga 30 Jun 2016.
5. Peserta akhir perlu memuat naik video berdurasi 1 minit dan pemenang akan dipilih berdasarkan 50% markah juri dan 50% undian awam.
6. Pemenang pertandingan akan diumumkan pada 8 Julai 2016.