Cloud Bread, roti ini secara tiba-tiba menjadi trending di Pinterest, lebih-lebih lagi untuk pengguna di Eropah dan Amerika. Ramai yang bicara tentang cloud bread. Namun apa sebenarnya cloud bread? Apa istimewanya sehingga digelar roti sihat?
Cloud bread adalah roti yang umumnya berbentuk bulat, dan tidak mengandungi gluten atau gandum sama sekali. Oleh itu, roti ini dianggap lebih sihat. Selain itu, ianya hanya memakai 3 hingga 4 bahan sahaja. Walau tak mengandung tepung, tekstur yang dihasilkan cloud bread lembut dan gebu seperti roti.
Proses pembuatannya juga sangatlah mudah, anda perlukan telur, cream cheese, cream of tartar dan madu. Hasilnya, roti ini lembut dan tetap manis, tetapi lebih sihat kerana bebas karbohidrat, tidak memakai banyak bahan dan bebas gula.
Di internet sendiri, ada begitu banyak resipi pembuatan cloud bread. Rata-rata resipinya sama, hanya ramai yang memilih untuk memakai pemanis yang berbeza-beza.
Cara membuatnya juga mudah, anda hanya perlu pisahkan putih telur dan kuning telur dalam dua bekas berbeza. Pukul kuning telur dengan cream cheese yang sudah bersuhu bilik dan madu. Pukul hingga lembut. Di bekas lain, campur putih telur dengan cream of tartar dan pukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan sebati.
Campur kedua-dua adunan hingga rata. Putih telur berfungsi membuat adunan naik mengembang dan ringan. Bentuk adunan menjadi bulatan di atas loyang datar kemudian panggang. Cloud bread yang bebas gluten, rendah kalori serta rendah karbohidrat siap untuk dimakan.
Kini banyak orang mengambil roti ini sebagai makanan sihat. Ada yang menjadikannya pizza, sandwich, menaburkan rempah kering di atasnya untuk menambah aroma ataupun dibuat cecah sup.