Tiada yang sebaik sentuhan semulajadi. Kebaikan hasil alam seperti Gamat, Pokok Lidah Buaya dan Mentimun diperakui ramai sejak zaman-berzaman bagi memberikan khasiat terhadap kulit wajah.
Inspirasi ekstrak semula jadi yang selamat dan efektif pada kulit wajah menzahirkan khasiat terkitab SAFI dalam memberi yang terbaik untuk semua wanita.
Memahami keperluan wanita moden kini, SAFI menggenggam manfaat kehebatan alamiah dan diolah menjadi produk kecantikan berasaskan ekstrak tumbuhan semulajadi. SAFI jenama halal no 1 tempatan memperkenalkan formulasi baharu dalam rangkaian pembersih wajah SAFI yang diperkaya dengan manfaat Habbatus Sauda agar khasiat pada kulit wajah dapat dipertingkatkan.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W. dalam Hadis Riwayat Bukhari & Muslim yang dipetik dari Kitab Ash Shahihain, “Gunakanlah Habbatus Sauda kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)”
Habbatus Sauda atau dikenali sebagai Jintan Hitam merupakan kombinasi utama dalam formulasi baharu rangkaian Pembersih Wajah SAFI bagi membantu kulit agar kelihatan halus dan lembut semulajadi. Habbatus Sauda melindungi kulit dengan nutrien dan bahan antibakteria. Ayuh nikmati kulit lembap dan licin sepanjang hari secarasemulajadi.
Rangkaian produk pembersih muka SAFI
Pembersih Muka Sari Mentimun & Habbatus Sauda SAFI
Rasai manfaat Sari Mentimun yang mampu mengecilkan pori. Pembersih ini mampu membersihkan kotoran secara mendalam, membuat kulit terasa lebih mulus, segar & berseri. Dengan khasiat mentimun, sel kulit mati akan mudah tertanggal malah kotoran dapat dibersihkan secara berganda! Pembersih ini sesuai untuk semua jenis kulit. Kini kulit wajah terasa halus dan pori tidak tersumbat lagi!
Pembersih Muka Sari Susu Manggis & Habbatus Sauda SAFI
Inilah rahsia cerah berseri secara semula jadi! Terkenal dengan gelaran “Ratu buah-buahan”, rumusan khas Sari Susu Manggis menjadikan kulit wajah cerah dan lembap sepanjang hari. Pembersih ini amat sesuai untuk semua jenis kulit khususnya mereka yang berkulit kering. Alami kecerahan kulit secara semulajadi dan nikmati kelembapan kulit wajah berpanjangan!
Pembersih Muka Sari Gamat & Habbatus Sauda SAFI
Kehebatan gamat memang diperakui ramai sebagai agen pemulihan dalam rawatan tradisional. Ia juga mampu mengawal minyak dan jerawat di samping membersihkan kulit wajah dengan sempurna tanpa cela. Tampil yakin dengan kulit bebas minyak & jerawat!
Penyegar Sari Mentimun & Pokok Lidah Buaya bersama Habbatus Sauda SAFI 100ml- RM 7.50
Dapatkan kehebatan dua khasiat alamiah Sari Mentimun dan Pokok Lidah Buaya yang membuatkan kulit wajah anda tegang dan sentiasa lembap dengan penyegar Safi. Penyegar tanpa alcohol ini berkesan mengecilkan pori sambil membersihkan sisa kotoran. Kulitmu kini lebih segar dan bersih sentiasa.
Rangkaian produk pelembap muka SAFI
Pelembap Muka Sari Gamat & Habbatus Sauda SAFI
Kebaikan Sari Gamat sebagai agen pemulihan mampu mengawal minyak dengan efektif agar kulit bebas bernafas dan lebih sihat tanpa jerawat. Berikan nafas baharu serta kesegaran pada kulit wajah anda!
Pelembap Muka Sari Pokok Lidah Buaya & Habbatus Sauda SAFI
Manfaat ekstrak Sari Pokok Lidah Buaya ini umpama terapi wajah, selain menyejukkan ia juga membekalkan mineral dan vitamin yang diperlukan oleh semua jenis kulit. Kulitmu pasti terasa lebih lembap dan sihat dengan terapi wajah ini.
Krim Kecantikan Lidah Buaya & Habbatus Sauda SAFI
Rumusan khas kini dipertingkat dengan gabungan Sari Pokok Lidah Buaya dengan Habbatus Sauda mengandungi nutrien semula jadi agar kulit kekal lembap dan segar sepanjang hari. Ia membantukulit wajah tampil halus, lembut dan berseri. Krim kecantikan ini amat sesuai digunakan sebagai krim pelembap dan asas solekan. Tampil cantik berseri dengan asas solekan semulajadi!
Produk SAFI ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya hiper utama. Bersama kita nikmati khasiat semulajadi dengan manfaat berganda Habbatus Sauda.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook SAFI dan juga saluran Youtube www.youtube.com/safimalaysia.