Jenama makanan snek dan pengeluar biskut tanah air, MUNCHY’s melancarkan kempen ulang tahunnya yang ke-25 dan dalam masa yang sama memperkenalkan 4 funbot unik bertempat di Zebra Square, Kuala Lumpur.
Sebagai token apresiasi kepada semua penyokong dan peminat MUNCHY’S yang telah banyak memberi inspirasi -kepada jenama itu selama ini, sebanyak 2.5 Juta bungkusan ulang tahun ke-25 MUNCHY’S diedarkan kepada orang ramai demi memeriahkan majlis! Pengguna bisa menikmati kegembiraan berganda apabila mereka mendapati dua sachet tambahan di dalam setiap pek MUNCHY’S, LEXUS dan OAT KRUNCH. Dalam setiap pek MUZIC pula, pengguna bakal diceriakan dengan kandungan tambahan sebanyak 25 peratus.
Kempen yang bertemakan “Share the Fun” menawrkan beberapa siri aktiviti menarik untuk disertai orang ramai!
Diinspirasi dari kilang MUNCHY’S, setiapn satu dari 4 jenis Funbot adalah berdasarkan proses membakar biskut. DJ Mixer adalah robot yang mewakili proses membancuh campuran biskut, Chop Chop pula bertanggungjawab dalam membentuk doh-doh biskut kepada bentuk menarik, manakala Micheal Oven adalah robot yang akan membakar biskut sehingga masak. Tidak ketinggalan, Beat Box memegang peranan sebagai pembukus biskut-biskut yang telah siap dibakar hingga sempurna, memastikan biskut ditempatkan dalam kotak dan paket menarik!
Kini, lebih dari 200 rangkaian jualan seluruh Malaysia akan menyertai sambutan keriangan bersama MUNCHY’S. Dalam masa yang sama, pengguna berpeluang merasai pengalaman membakar biskut mereka dengan cara yang tersendiri selain bisa bertemu dengan Funbots!
Bukan itu sahaja, MUNCHY’S begitu komited untuk menyebarkan kegembiraan supaya dapat dikongsi bersama. Demi memenangi wang tunai berjumlah RM500 serta bekalan biskut dari MUNCHY’S selama setahun, apa yang anda perlu lakukan adalah, nyatakan kepada MUNCHY’S melalui platform atas talian mengapa dan dengan siapakah anda mahu berkongsi keseronokkan tersebut.
Untuk sertai peraduan istimewa yang diceriakan dengan kemunculan Funbots ini, sila layari www.munchys.com/munchys25th