Anda tahu tak? Baru semalam penulis menghadiri sidang akhbar untuk Le Frech Festival 2016 yang bakal berlangsung di beberapa lokasi dekat Kuala Lumpur, Penang dan Johor Bahru dari 12 Mei hingga 18 Jun 2016 ini!
Buat kali yang ke-15, Festival Filem & Kesenian Perancis yang kini telah menukar namanya kepada Le French Festival merupakan sebuah acara tahunan gilang-gemilang di Malaysia. Ia menggabungkan pelbagai aktiviti menarik buat masyarakat tempatan yang berminat untuk mendalami dan mendekatkan diri dengan cita rasa budaya Perancis termasuklah Filem, Muzik, Tarian, Makanan, Sains, Bahasa, Pendidikan dan banyak lagi!
Tonton Trailer Himpunan Filem Perancis Menarik Yang Bakal Ditayang Sepanjang Le French Festival 2016!
Oleh hal yang demikian, penulis yakin, ramai di antara pembaca yang gemar menikmati makanan Perancis, betul tak? Selain hidangan Spaghetti Bolognese, Mac & Cheese juga agak terkenal, bahkan ianya sangat mudah disediakan 🙂
Jadi, ada sesiapa yang mengidam nak makan makanan barat untuk dinner hari ni? Wanista nak berkongsi resepi Mac & Cheese yang paling mudah dan sedap!
Mac & Cheese adalah hidangan ringkas gabungan pasta makaroni jenis potongan serta beberapa jenis keju. Tetapi secara lazimnya, keju jenis “cheddar” yang akan digunakan kerana rasanya lebih lemak berkrim! Anda dah sediakan kertas untuk salin resepi, kalau susah sangat “screen capture” sahaja guna telefin pintar anda tu…
Bahan:
- 1 paun makaroni jenis “elbow”
- 1 paun (4 cawan) keju jenis “sharp cheddar” (diparut)
- 2 sudu besar tepung serbaguna.
- 1/4 camca teh serbuk biji sawi (ground mustard)
- Garam dan lada secukup rasa
- 2 cawan susu lemak rendah *jika nak rasa berkrim, boleh guna susu “whole milk”
- 1 1/2 sudu besar butter
Arahan:
- Panaskan ketuhar dengan suhu 375ºF. Sembur atau griskan bekas kaserol mahupun dulang pembakar bersaiz 9 x 13 supaya hidangan Mac & Cheese tidak melekat kemudian.
- Rebus makaroni pilihan anda mengikut arahan pada plastik bungkusan.
- Sementara menunggu makaroni masak, anda boleh gabungkan bersama 2 1/2 cawan keju serta bahan kering lain (tepung, serbuk biji sawi, garam dan lada).
- Gaulkan kesemua ramuan itu agar mesra bersama.
- Alih dan toskan makaroni anda yang telah masak dengan lembut. Kemudian, masukkan ia ke dalam bekas kaserol atau dulang pembakar yang telah digris awal tadi. Jangan lupa tuangkan campuran keju yang siap digaul mesra.
- Dalam masa yang sama, tuang susu ke atas makaroni, lantas taburkan lebihan keju parut di atasnya untuk hasilkan kerak rangup.
- Bakar selama 45 minit sehingga ia bertukar warna keemasan. Guna pisau untuk cucuk dan periksa jika Mac & Cheese anda telah benar-benar kental.
- Apabila siap, keluarkan ia dari ketuhar dan biar ia sejuk selama 10 minit sebelum dihidang.
- Tip bonus! Nak lagi best? Anda juga boleh taburkan kerak roti atau bread crumbs sekali bersama lebihan keju sebelum membakar. Lagi rangup, lagi sedap!
Nota: Penulis gemar makaroni yang sedikit garing. Jika anda mahukan tektur makaroni yang lembut, anda boleh menutup kaserol atau dulang pembakar tersebut dengan foil aluminium untuk 30 minit pertama ketika proses membakar.