Ada sesetengah individu yang apabila ingin melakukan sesuatu perkara secara 100%, dirinya akan cuba menggunakan objek sebagai pendorong atau jolokan semangat. Jadi, demi melakukan senaman sepenuh hati, selain disiplin diri, apa yang mendorong anda untuk terus melakukanya hingga ke tahap paling optimum?
Yup! Ini mungkin ada kaitannya dengan kasut senam yang selesa, kawasan persekitaran yang menenangkan atau mungkin juga pakaian senam yang bukan sahaja berkualiti dan mempunyai reka bentuk yang cocok dengan tubuh badan, malah ia turut memiliki corak serta warna yang menarik hati!
Jenama pakaian senam Fit Rebel sering tampil dengan idea kreatif untuk menghasilkan rekaan koleksi pakaian senam khas untuk wanita yang eksentrik. Baru-baru ini jenama berkenaan telah melancarkan satu kempen yang digelar Indiegogo dengan mengetengahkan barisan helaian baharu yang mempersona. Corak batik dan cetakan yang diinspirasi dari lukisan tangan yang berlatarkan haiwan serta alam semula jadi menjadi sisi utama untuk koleksi istimewanya yang ini.
“Kami cuba untuk menerapkan keseronokan melakukan aktiviti senaman melalui rekaan pakaian senam yang bukan sahaja berasaskan material yang selesa, malah dihiasi corak-corak menonjol dan berwarna-warni,” jelas Pengasas Fit Rebel, Nadia Hasbi.
Dalam usaha wanita kelahiran Kuala Lumpur ini mencipta suatu kelainan, Nadia begitu terdorong untuk memanfaatkan seni. Mengambil inspirasi dari kesenian warisan tanah kelahirannya, dirinya bijak menggunakan batik sebagai elemen yang boleh dipelbagaikan dalam aspek rekaan fesyen, lebih-lebih lagi untuk diterapkan ke dalam helaian rekaan pakaian senam jenamanya.
Oleh yang demikian, Fit Rebel berkolaborasi bersama beberapa orang pelukis batik profesional yang mempunyai pengalaman hampir 35 tahun demi mencipta koleksi baharu yang digelar SENI. Menampilkan 5 lukisan batik yang mempersona, kesemua lukisan itu dicetak pada helaian seluar senam jenis “leggings” berperestasi tinggi.
Bukan itu sahaja, disebabkan corak pada leggings berkenaan yang sangat versatile, anda juga bisa menggayakannya secara kasual untuk keluar malam bersama teman. Dengan tambahan aksesori dan kasut yang bersesuaian, anda pasti kelihatan menarik meskipun menggayakan leggings SENI dari Fit Rebel untuk gaya santai selain dari untuk bersenam.
Harga yang ditawarkan untuk koleksi leggings bercorak batik ini adalah bermula RM300 – RM400. Namun begitu, Nadia merasakan yang rekaan menarik sebegini harus diletakkan pada harga yang berpatutan supaya semua orang dapat merasa. Nadia ingin menawarkan leggings SENI dari Fit Rebel ini pada RM189 sahaja. Jadi, untuk merealisasikan niat murni itu, Nadia akan menjalankan kempen Indiegogo untuk kutipan dana dari umum.
Dana yang terkumpul akan dimanfaat bagi menyokong perbelanjaan keseluruhan proses pengeluaran leggings tersebut termasuk imbuhan kepada pelukis batik yang terlibat, pembelian fabrik, kos cetakkan dan banyak lagi. Sisa dana yang masih belum disentuh pula akan dilabur ke masa hadapan bagi rekaan inovasi dari Fit Rebel yang lebih menarik. Untuk jangka masa terhad, individu terlibat yang menyumbang sekurang-kurangnya RM165 kepada kempen Indiegigo akan mendapat sehelai leggings bercorak batik pilihan mereka dari Fit Rebel! Sementara stok masih ada! Jom sertai kempen Indiegogo oleh Fit Rebel sekarang!
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.indiegogo.com