Nak jadi cantik memang akan membutuhkan wang yang banyak, masa dan usaha. Wanita memang cekal dan susah untuk mengaku kalah dalam mencari produk dan peranti yang bisa membantu menerbitkan aura seri pada wajah mereka. Melalui sebuah kajian yang dilakukan oleh Philips, wanita menghabiskan masa sekitar 32 minit setiap hari untuk membelek wajah. Malah, 9 peratus dariapda gaji bulanan seorang wanita digunakan sepenuhnya untuk membeli barangan dan produk kecantikan.
Sehubungan dengan itu, Philips yang sentiasa komited untuk memudahkan hari-hari para penggunanya kini mencipta inovasi yang bisa meringkaskan rutin rejim penjagaan wajah wanita. Sejak mula diperkenalkan beberapa tahun lepas, Philips VisaPure tidak pernah mengecewakan sehingga pernah merangkul anugerah pengiktrafan.
Untuk siri rangkaian terbaru ini, VisaPure memperkenalkan 4 lagi peranti berus elektronik yang memilki pelbagai fungsi termasuk Philips VisaPure Essential Anti-Blemish, Philips VisaCare, Philips VisaBoost dan Philips VisaPure Advanced. Masing-masing mengetengahkan teknologi inovatif ciptaan kejuruteraan Philips yang mampu membersih serta memelihara kulit secara menyeluruh.
Dalam masa yang sama, kesemua siri dalam rangkaian Philips VisaPure baru ini direka dengan kesempurnaan untuk menepati semua golongan wanita yang memiliki kondisi kulit berbeza. Jelas, Philips BisaPure bisa menjadi pelengkap amalan kecantikan seharian wanita serta membekalkan solusi terbaik untuk para wanita mendapatkan hasil kulit wajah yang diidamkan menerusi teknologi hebat ini.
“Dengan hasil ciptaan peranti kecantikan terkini dari Philips ini, para wanita bisa mendapatkan hasil seperti membuat rawatan di salon kecantikan. Apa yang lebih menarik, mereka boleh melakukannya mengikut keselesaan diri di murah. Ianya lebih ringkas dan boleh digunakan berulang kali tanpa perlu berhabis wang seperti bayaran untuk mendapatkan sesi rawatan di salon kecantikan fizikal,” jelas Pengurus Philips Untuk Malaysia, merangkap Pengurus Besar Kesihatan Peribadi Philips Malaysia, Muhammad Ali Jaleel.
Selain boleh dicas semula dan boleh digunakan menggunakan isian bateri, siri rangakaian Philips VisaPure juga kalis air, malah ianya bersaiz kecil memudahkannya untuk disimpan dan dibawa bersama ketika melancong. Harga yang ditawarkan juga adalah sangat berpatutan bermula dari RM799 – RM1,499.
Dengan hanya 4 langkah mudah, anda boleh mendapat hasil kulit yang lebih menawan!
Philips VisaPure Advanced (RM1,399)
Philips VisaCare Microdermabrasion (RM1,499)
Philips VisaBoost Ultrasound Facial Moisturizer (RM799)
Philips VisaPure Essential Anti-Blemish (RM849)
Anda boleh mula dapatkan siri rangkaian Philips VisaPure baru ini di cawangan Sephora terpilih: Suria KLCC, Paradigm Mall, Sunway Pyramid, MidValley Megamall, IOI City Mall, KOMTAR, Johor Bahru, Gurney Paragon, Penang dan Imago, Kota Kinabalu.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.philips.com.my