Anda nak tonton rancangan prank paling kejam? MTV akan mula menayangkan siri prank terbaharunya yang digelar Bugging Out, khas buat tontonan umum yang pasti buat anda ketawa tanpa henti.
Tonton Trailer MTV Bugging Out
Bungging Out akan mula ditayangkan malam ini, 25 April 2016 di beberapa buah negara sekitar Asia. Kesemua siri prank yang dilakukan terhadap orang awam adalah berdasarkan peranti berteknologi tinggi seperti telefon pintar, drone, aplikasi terkini, penjejak kecergasan (fitness trackers), sistem GPS kenderaan, mesin ATM dan banyak lagi. Apa yang bakal anda saksikan adalah sesuatu yang tanpa diduga, penuh dengan kejutan yang buat anda tak beralih tempat duduk dari hadapan kaca televisyen! Yup, jaga-jaga dengan persekitaran anda kerana ianya mungkin sebuah prank yang dirakam menggunakan kamera tersembunyi!
Peranti berteknologi sememangnya penting kerana berfungsi memudahkan tugasan harian manusia tetapi, bagaimana pula jika ianya bertukar arah, mengganggu gugat rutin harian anda sehingga mengundang kemudaratan? Ayuh berhibur dan bergelak ketawa bersama rancangan prank paling gempak alaf ini bersama Bugging Out terbitan MTV. Dihoskan oleh personaliti Youtube serta kaki prank terkemuka Rob Anderson bersama pelawak Traci Stumpf, hanya di MTV Asia, Astro saluran 713, tepat jam 11pm (Malaysia).
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.mtvasia.com