Sangat menakutkan! Seorang lelaki yang tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membiayai pembedahan, membiarkan membiarkan tumor pada perutnya sehingga 12 tahun dan menyebabkan dia kini kelihatan seperti wanita mengandung.
Zheng Cheng, 33, menyedari penyakit ketumbuhannya itu sejak tahun 2004, namun hanya mendapatkan rawatan Jumaat lalu selepas tumornya itu membesar sehingga 15kg.
Menurut Zheng dia tidak mampu untuk membiayai pembedahan menyebabkan dia terpaksa ‘menyimpan” tumornya sehingga lebih sedekad.
“Untuk pembedahan ini, saya terpaksa meminjam untuk membiayai pembedahan membuang tumor ini,” katanya dipetik Mirror.uk.
Sementara itu, pakar bedah Hospital Tentera Chengdu, Dai Ruiwu berkata, pembedahan membuang ketumbuhan pada perut lelaki itu mengambil masa enam jam.
“Pembedahan tersebut sangat berisiko kerana memerlukan pakar dari tiga jabatan berasingan,” katanya.
Zheng kini diletakkan di unit rawatan rapi untuk pemerhatian.