Semua orang impikan bentuk badan yang langsing, ideal, kurus, namun untuk itu, tiada jalan pintas. Hanya dengan diet yang betul serta bersenam, anda mampu dapatkan apa yang diidamkan. Pengambilan makanan anda perlu selari dengan rutin senaman bagi membantu anda menjalani kehidupan yang sihat.
Anda perlu mengambil makanan yang berkhasiat, minum air yang secukupnya lebih-lebih lagi dalam keadaan Malaysia sekarang. Apabila merancang makanan, pilihlah makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks, protein tanpa lemak, bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan berserat tinggi, produk tenusu rendah lemak dan lemak yang sihat. Makanan seperti ini menggalakkan pembebasan tenaga secara perlahan, serta memastikan badan anda mendapat kesemua vitamin dan mineral yang diperlukan.
Contoh terbaik adalah Spoon Health Organic Chia Seed, biji chia yang merupakan tanaman purba tamadun Maya dan Aztec (‘chia’ adalah perkataan Maya yang bermaksud ‘kekuatan’) yang mengandungi Omega3 untuk kesihatan jantung, protein, serat, antioksida dan nutrien-nutrien penting seperti kalsium, magnesium dan vitamin B3. Pastinya ia bukan calang-calang makanan berkhasiat.
Oleh itu, Wanista kongsikan beberapa resepi mudah yang boleh anda buat menggunakan biji chia.
JEM STRAWBERI BIJI CHIA – Sediakan dalam kuantiti yang diperlukan, anda boleh nikmati bersama roti gandum ketika sarapan ataupun snek malam.
Bahan-bahan
- 500g buah strawberi segar (atau ½ segar + ½ kering)
- 2 sudu besar biji chia
- 1/4 cawan sirap maple (atau pemanis pilihan), atau secukup rasa
- Kordial elderflower, secukup rasa
Cara penyediaan
- Potong buah strawberi dalam bentuk kiub dan masakkan bersama sirap maple and kordial elderflower dengan api yang sederhana. Kacau sehingga empuk.
- Kemudian lenyekkan campuran itu dengan garpu untuk mencapai kelikatan yang anda inginkan.
- Masukkan biji chia dan masak selama 1 minit lagi.
- Alihkan dari dapur, dan biarkan sehingga campuran jem menjadi pekat.
PUDING KELAPA BIJI CHIA – Siapa yang suka makan pencuci mulut, boleh cuba resepi ini.
Bahan-bahan
- 200ml santan
- 2½ sudu besar biji chia
- 2 sudu kecil madu (atau gula Melaka / pemanis pilihan)
- Seikat daun pandan
- 2 buah mangga, dikiubkan
Cara penyediaan
- Gaulkan santan, madu dan biji chia di dalam mangkuk.
- Kacau sehingga sebati, dan tambahkan daun pandan. Biarkan dalam peti sejuk buat semalaman.
- Asingkan daun pandan dari puding.
- Hidangkan dingin bersama kiub mangga.
Teh BUNGA KEKWA CHIA – Minuman yang melegakan lagi menyegarkan selepas seharian berpuasa (untuk yang berpuasa sunat)
Bahan-bahan
- Beberapa kuntum bunga kekwa kering
- 1 sudu besar biji chia
- Air, dididih
- Pemanis pilihan, secukup rasa
Cara penyediaan
- Masukkan bunga kekwa ke dalam secawan air yang telah dididih. Biarkan seketika.
- Tambahkan biji chia dan pemanis piliihan.
- Boleh diminum panas atau sejuk.
KACANG GAJUS CHIA – Nikmati kudapan ini selepas berbuka bagi merasai kehebatan biji chia.
Bahan-bahan
- 2 cawan kacang gajus mentah
- 1 sudu besar biji chia
- ½ sudu kecil garam
- 1 sudu kecil kepingan cili
- 2 sudu besar sos cili Thai
Cara penyediaan
- Panaskan ketuhar pada suhu 140°C.
- Taburkan kacang gajus secara rata di atas dulang, dan masukkan ke dalam ketuhar. Bakar selama 10 minit.
- Gaulkan biji chia, garam, kepingan cili dan sos chili Thai di dalam mangkuk besar.
- Setelah gajus siap, gaulkan bersama campuran di atas sehingga sebati.
- Bakar untuk 2 minit lagi, atau sehingga perang keemasan.
Terdapat dalam tiga saiz, 150g (RM21.09), 450g (RM 52.89) dan 900g (RM 95.29), Spoon Health Organic Chia Seed adalah disahkan halal dan organik, serta bebas daripada GMO dan gluten.
Anda boleh dapatkan secara online di www.spoonhealth.com atau di farmasi, kedai runcit dan kedai online yang terpilih. Untuk senarai penuh, sila rujuk laman web Spoon Health.