Selari dengan perubahan zaman yang kian mencabar, sahabat sejati yang akan menemani anda dikala melancong, RIMOWA baru sahaja melancarkan pembukaan butiknya di Suria KLCC. Pelancaran butik itu yang menawarkan pelbagai jenis bagasi mudah diusung pelbagai gaya itu adalah lokasi ketiga yang menempatkan jenama itu di Malaysia.
Merangkumi kawasan seluas 1,000 kaki persegi , butik RIMOWA KLCC menjadi ruang pameran dan jualan bagi suatu ciptaan yang dibina menggunakan ketukangan hebat yang diwarisi secara turun-temurun malah menyerlahkan inspirasi yang disunting dari binaan kapal terbang untuk menepati ciri-ciri pengembaraan dunia moden.
Bersempena dengan peristiwa yang penuh memorial itu, RIMOWA juga tidak ketinggalan untuk memperagakan koleksi rekaan untuk musim Bunga/Panas 2016 di pentas Spring/Summer 2016 Fashion Week yang tersergam mewah di tenagh-tengah pusat membeli-belah menara berkembar Kuala Lumpur sambil diiringi alunan muzik merdu orkestra susunan Malaysian Philharmonic Orchestra.
Majlis yang menjadi perhatian umum itu berjaya membawa RIMOWA ke satu tahap yang lebih mahsyur, menampilkan rekaan bagasi yang bukan sahaja versatile, malah dilengkapi fungsi mesra pengguna yang pasti melancarkan perjalanan pengembaraan anda.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.rimowa.com atau lawat butik baru RIMOWA Malaysia di alamat:-
Lot 138B, Level 1, Suria KLCC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur City Centre.