Alat soleknya yang classy tidak dinafikan mampu memberi sentuhan magis paling sempurna ke atas wajah seseorang wanita. Benefit San Franciso adalah satu-satunya jenama yang mengeluarkan Bronzer jenis ‘matte’ tanpa campuran kilauan yang bisa memberi gaya solekan natural menjadikan wajah si pemakai tampak tirus kala sapuan bronzer dilakukan pada bahagian bawah tulang pipi berdekatan dengan rahang.
Percaya atau tidak, Hoola yang pernah diiktiraf kerana kesempurnaan tekstur Bronzernya itu telah menjadi igauan anak gadis serta para wanita yang sentiasa mendambakan solekan hebat sejak 15 tahun lalu. Malah, ia masih tidak berubah dan dikekalkan sehingga kini.
HOOLA kini bukan sahaja boleh digunakan ke atas wajah, bahkan ke atas kulit tubuh juga! Apa yang mengujakan, ia telah disertai 3 ahli keluarganya yang baharu termasuk HOOLA Zero Tanlines, HOOLA Bronzing & Conturing Brush dan Dew The Hoola!
Untuk yang gemarkan tona kulit perang seperti kebanyakkan orang barat, anda kini tidak perlu bersusah payah berbaring di tengah panas terik demi mendapatkan tona kulit lebih gelap. Anda patut tahu, bahawasanya, cahaya matahari boleh mendatangkan risiko kanser kulit dan pelbagai lagi kesan sampingan terhadap tubuh.
Sebagai jalan solusi terbaik dan selamat, anda boleh sapukan HOOLA Zero Tanlines ciptaan Benefit yang bisa memberikan anda tona kulit lebih gelap dan boleh tahan selama 15 jam, walaupun anda berendam di dalam air. Warna tersebut hanya akan luntur sekiranya disental dengan sabun. Harga yang ditawarkan adalah RM140 untuk tiub bersaiz 147ml. Lebih memudahkan, ia turut hadir bersama span yang dilekap pada penutup tiub. Yup, tidak perlu merembeskan peluh berjemur lagi!
Kebanyakkan MUA bersependapat, alat solek yang berasaskan formula serbuk tidak dapat bertahan lama pada kulit sepanjang hari. Oleh itu, Benefit dengan jayanya mencipta suatu inovasi baru bagi menghasilkan Bronzer Hoola kegemaran ramai dalam bentuk cecair. Ternayata, cecair akan melekat lebih lama pada permukaan kulit sekaligus buat anda tampak segar dan cantik sepanjang masa!
Lebih ringan, mudah meresap dan disebati ke atas permukaan kulit, Dew The Hoola ditawarkan pada harga RM130 seunit, memberikan efek natural pada gaya solekan harian anda.
Kini, anda tidak perlu pening untuk mencari berus yang mempunyai konsistensi bulu yang lembut dan mudah diguna untuk meratakan produk secara sekata ke atas kulit. Bagi melengkapkan seisi rangkaian menarik ini, Benefit Hoola turut melancarkan berus khas bagi teknik solekan Bronzing dan Conturing yang dilengkapi bebulu tebal berbentuk kubah.
Tangkai pemegangnya yang berupa kayu buluh itu pula diserikan dengan rona emas mewah, malah ianya berukuran panjang untuk keselesaan genggaman yang lebih stabil. Sungguh mengasyikkan, ia pasti bisa menjadi koleksi istimewa bagi para pengumpul berus solekan. Harga yang ditawarkan adalah RM110 seunit.
“Don’t Let Anyone With Bad Brows Tell You Sh*t About Life” -Benefit San Franciso
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.benefitcosmetics.com. Anda boleh mula dapatkan siri rangkaian HOOLA baharu di semua butik Benefit dan Sephora berdekatan seluruh Malaysia. #fakation