Buat anda yang ternanti-nanti keluaran telefon pintar terbaharu dari Samsung berikutan kejayaan pelacaran Samsung Galaxy S7 Edge dua bulan sudah, Samsung Malaysia Electronics dengan bangganya mengumumkan kemasukkan rasmi siri telefon pintar Samsung Galaxy S7 Edge serta S7 untuk memenuhi permintaan pasaran Malaysia!
Sejak pengenalan globalnya, banyak mulut yang memberi komen positif menganggap telefon pintar keluaran terbaru Samsung itu adalah sebuah peranti yang sempurna, melihat dari segi kombinasi prestasi serta kualiti yang dimilikinya.
Sejak dari azali kewujudan jenama hebat itu, Samsung mempunyai matlamat untuk memberikan nilai dan nikmat terbaik kepada para pelanggan dan penggunanya. Sejak pelancaran Samsung Galaxy S7 Edge pada pertengahan Mac lalu, ramai yang tertanya-tanya akan kewujudan adik-beradik kepada telefon pintar siri berkenaan.
“Oleh itu, kini kami bawakan Samsung Galaxy S7 ke alam nyata,” jelas Lee Jui Siang, Naib Presiden Mudah Alih dan Unit Perniagaan IT, Samsung Malaysia Electronics.
Selain daripada paparan jelas Quad HD Super AMOLED yang berukuran 5.1 inci, Samsung Galaxy S7 turut dilengkapi ciri-ciri dan fungsi yang sama seperti dimiliki abangnya. Apa yang membezakannya adalah cuma saiz paparan yang sedikit kecil tetapi masih lagi mampu menyalurkan keterujaan yang sama, umpama melihat kejelasan paparan menerusi gelas 3 dimensi serta perincian peranti berbadan logam.
Samsung Galaxy S7 telah pun berada di pasaran Malaysia sejak 29 April lalu dan anda boleh mula dapatkannya melalui butik pengedar Samsung Experience serta kedai Maxis yang terpilih. Harga yang ditawarkan bermula pada RM2,699 seunit termasuk cukai GST. Ia terdapat dalam warna pilihan Hitam Onyx, Emas Platinum dan Perak Platinum.
Ciri Dan Perbezaan Antara Samsung Galaxy S7 Serta Galaxy S7 Edge
Galaxy S7 | Galaxy S7 edge | |
OS | Android 6.0 (Marshmallow) | |
Rangkaian | LTE Cat.9 (450/50Mbps) | |
Dimensi | 142.4 x 69.6 x 7.9mm, 152g | 150.9 x 72.6 x 7.7mm, 157g |
AP | Octa core (2.3GHz Quad + 1.6GHz Quad), 64 bit, 14 nm process | |
Memori | 4GB RAM (LPDDR4), 32GB (UFS 2.0) + microSD (up to 200GB) | |
Paparan | 5.1” Quad HD Super AMOLED 2560 X 1440 (577ppi) Always-On Display | 5.5” Quad HD Super AMOLED 2560 X 1440 (534ppi) Dual edge Screen Always-On Display |
Kamera | Rear: Dual Pixel 12MP (F1.7), Smart OIS Front: 5MP (F1.7) | |
Bateri | 3,000mAh | 3,600mAh |
Fast Charging both on wired and wireless Wireless Charging compatible with WPC and PMA | ||
Payment | NFC, MST | |
Sambungan | WiFi 802.11 a/b/g/n/ac (2.4/5GHz), MU-MIMO | |
Sensor | Accelerometer, Proximity, RGB Light, Geo-magnetic, Gyro, Fingerprint, Barometer, Hall, HRM | |
Kod IP | IP 68 | |
Audio | MP3, M4A, 3GA, AAC, OGG, OGA, WAV, WMA, AMR, | |
Video | MP4, M4V, 3GP, 3G2, WMV, ASF, AVI, FLV, MKV, WEBM |
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.samsung.com/my/s7