Bagi kebanyakan orang, menikmati seulas durian bagaikan rasa syurga yang boleh membangkitkan deria. Di sebalik duri yang tajam itu terserah kemanisan bak kastard berkrim yang menakjubkan, jadi tidak hairanlah buah ini diberi gelaran ‘Raja Buah’.
Kini semua boleh menikmati rasa syurga dengan Ais krim Mao Shan Wang (Raja Musang) baru hasil keluaran King’s Potong Gold. Diperbuat dengan 100% puri Mao Shan Wang (Raja Musang) dari Malaysia serta bebas daripada sebarang perasa tiruan, ais krim batang ini sama enaknya dengan yang asli.
Walaupun terdapat pelbagai pilihan gred dan jenis durian di pasaran, ramai penggemar durian akan mengangguk kepala sebagai tanda setuju bahawa durian Mao Shan Wang (Raja Musang) sememangnya berada di senarai teratas. Rasanya yang pahit manis berserta dengan isinya yang lembut keemasan bak baldu adalah apa yang membuat durian gred ini antara yang tertinggi, jika bukan yang terbaik, di pasaran.
Untuk memastikan bahawa Ais Krim Mao Shan Wang (Raja Musang) keluaran baru King’s Gold Potong sentiasa diperbuat daripada 100% puri Mao Shan Wang (Raja Musang) dari Malaysia serta bebas daripada sebarang perasa tiruan, ahli panel perisa kami menggunakan kaedah sensorial rasa untuk membandingkan spesies campuran normal durian dan spesies Mao Shan Wang (Raja Musang) dengan jelas.
Kaedah ini memastikan ketekalan profil setiap kelompok durian yang diterima daripada pembekal sentiasa memenuhi kelayakan yang ditetapkan. Pasukan kawalan kualiti juga melawat pembekal di lokasi setiap tahun bagi memastikan pematuhan kepada keselamatan makanan dan juga kualiti produk yang dibekalkan.
Edisi terhad Ais Krim King’s Potong Gold Durian Mao Shan Wang (Raja Musang) boleh didapati mulai April 2016 di pasar raya terkemuka, pasar raya besar dan kedai serbaneka terpilih pada harga RM3.80 sebatang (60ml) atau RM21.90 bagi sekotak enam batang.