Naib Presiden Facebook Asia Pasifik, Dan Neary semalam mengumumkan pembukaan pejabat cawangan Facebook di Malaysia.
Neary, melalui akaun Facebooknya memberitahu, langkah itu diambil atas dasar hasrat mahu melihat perkongsian informasi dan jalinan hubungan antara pengguna akan lebih meluas.
Kenyataan tersebut menerima reaksi meluas media antarabangsa termasuk portal terkenal Mashable yang turut mendedahkan beberapa foto sekitar pejabat tersebut.
Turut mendapat perhatian Neary adalah bagaimana butik atas talian, Zawara memasuki bidang perniagaan e-commerce butik wanita Muslimah.
Kegigihan mereka memulakan jenama itu menggunakan platform Facebook adalah sesuatu yang membanggakan.
Facebook, kata Neary, akan terus menjalinkan kerjasama seumpama itu dan akan terus memastikan penggunaannya dapat dimaksimumkan.
Sama ada pengasas Facebook iaitu Marc Zuckerberg akan hadir atau tidak ke majlis tersebut masih belum diketahui.