Anda masih ingat akan filem seram The Ring yang pernah menghantui suatu masa dahulu? Semestinya, penonton pasti tidak dapat melupakan watak hantu Samara. Lebih-lebih lagi babak Samara keluar dari kaca TV. Cukup mencemaskan!
Untuk pengetahuan anda, watak seram itu dilakonkan oleh Daveigh Chase, sewaktu dia berusia 12 tahun.
Sejak itu Chase banyak muncul dalam filem dan rancangan televisyen, antaranya Big Love, S. Drako dan turut menyumbangkan suara untuk animasi Disney, Lilo and Stitch.
Watak Samara yang digalasnya itu juga membolehkan Chase memenangi anugerah MTV Movie Awards pada tahun 2003.
Namun masa pantas berlalu, siapa sangka gadis itu kini sudah pun berusia 26 tahun pada Julai akan datang. Kini setelah 14 tahun berlalu, ‘hantu’ yang dahulunya menjadi igauan ramai telah bertukar menjadi wanita cantik yang mampu ‘menggoda’ sesiapa sahaja.