Kini anda bisa mendapatkan khidmat rundingan Gold Thread™ Lift USA dengan mudah kerana Esteegold International dan KO Skin Specialist baru menguntai kerjasama erat untuk memudahkan orang ramai mendapat akses terhadap kebaikan servis rawatan istimewa berkenaan.
Esteegold adalah sebuah jenama dari Amerika Syarikat yang menawarkan rawatan pemulihan kecantikan yang memanfaatkan kebaikan kepingan emas, berupaya meningkatkan keremajaan kulit di samping membekalkan ketegangan optimum ke atas kulit menerusi teknik rawatan pemulihan yang bertepatan. Bukan itu sahaja, rawatan ini istimewa kerana turut bisa merawat masalah parut secara efektif.
Teknologi yang dijana menggunakan bahan galian mewah ini pastinya diinspirasi dari amalan pada zaman purba Mesir di mana kepingan kecil filamen emas ditemui tertanam dalam mayat mumia. Oleh kerana emas dipercayai bisa mengekalkan struktur kecantikan dan pengekalan jasad mumia, suatu kajian terperinci telah dilakukan oleh pakar dalam memajukan teknologi implan emas.
Pembedahan khas yang dilakukan oleh Esteegold dijamin selamat, malah ia merupakan alternatif terbaik untuk menggantikan pembedahan kosmetik cara lama.
Bukan itu sahaja, Esteegold menggunakan emas 24karat Gold Thread (sejenis serat/benang emas) yang akan ditanam dalam permukaan kulit dalam pola tertentu berfungsi untuk merangsang kolagen serta elastin kulit.
Tambahan, ia turut melancarkan pengaliran darah ke serata tisu wajah, meningkatkan bekalan oksigen dan nutrisi ke bahagian yang dirawat. Hasilnya, kulit menjadi tegang sempurna dan tiada lagi masalah kulit mengendur dan berkedut.
Melihatkan Dr. Ko yang sering menjadi perbualan masyarakat hari ini kerana menawarkan rawatan laser berkesan dengan pengalaman lebih 20 tahun membantu para pesakit kulit, Esteegold mengambil langkah utama untuk menempatkan servisnya di sekitar cawangan klinik pakar kulit Dr. Ko seluruh Malaysia.
Pembedahan yang menjanjikan kesan serta-merta itu tidak akan memakan masa dan hanya dilakukan oleh para profesional terlatih selain pemantauan akan dilakukan untuk mengekal kualiti servis disamping sesi rundingan bersemuka turut ditawarkan bagi mereka yang berminat.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.esteegold.com