• Latest
Foto -asknelly.com

Petua Kecantikan! Pudarkan Pigmentasi Kulit Guna 13 Barang Dapur Ini

May 9, 2016
Foto - Hello Sehat

Krim Putih Yang Mengandungi Bahan Merkuri Boleh Merosak Saraf Manusia?

March 7, 2021
Foto - AH Beard

5 Cara Untuk Elak Blue Light Rosakkan Kulit Wajah

March 6, 2021
Foto - Ceria Sihat

Dr. Amalina Kongsi 5 Cara Siasat Diri Hidap Penyakit Apendiks

March 6, 2021
Foto - Amazon

Macam Pelik, Tapi Kenapa Ada Orang Alahan Tomato

March 5, 2021
Foto - Mira Zainal (Facebook)

Wanita Kongsi 11 Tips Elak Terkoyak Ketika Bersalin

March 5, 2021
Foto - FB Koreathai

Syurga Shopping Myeondong Kini Jadi Bandar ‘Berhantu’ Sejak Covid-19

March 5, 2021
Foto - iStock

Paling Best Kalau Tengah ‘Sendu’ Dengar 13 Lagu Ini

March 5, 2021
Foto - Pinterest

Stail Rambut Sesuai Untuk Muka Bulat, Ikut Cara Selena Gomez

March 5, 2021
Foto - Đỗ Quyền (TikTok/ Facebook)

Lelaki Vietnam Habiskan RM70K Tukar Rupa Gara-Gara Bakal Majikan ‘Hina’

March 5, 2021
Foto - Pinterest

Meja Kopi Kamu Lagi Cantik Kalau Deko Macam Ini

March 4, 2021
Foto - Pinterest

Nampak Natural Dengan Guna 5 Cream Blush Yang Best Ini

March 4, 2021
Foto - Marriage Radio

5 Tanda Sebenarnya Kamu Seorang ‘Kaki Kontrol ‘

March 4, 2021
Sunday, March 7, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Tips Tips - Kecantikan

Petua Kecantikan! Pudarkan Pigmentasi Kulit Guna 13 Barang Dapur Ini

by Afiqah Syamin
May 9, 2016
Foto -asknelly.com

Foto -asknelly.com

21
SHARES
206
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Pigmentasi atau “age spots” adalah tompok-tompok gelap yang timbul di sekitar kawasan kulit wajah oleh kerana faktor penuaan.

Tetapi jika diikutkan, kulit yang terdedah kepada pancaran matahari yang ekstrem juga bisa menjadi punca kemunculan jeragat ini. Ramai yang berkata, adalah lebih baik mencegah dari merawat, namun begitu anda tidak perlu khuatir kerana masig belum terlambat untuk melakukan langkah-langkah pemulihan.

Foto -adamhymans.com
Kulit wajah yang mempunyai masalah pigmentasi. Foto -adamhymans.com

Meskipun agak sukar untuk menghilangkan jeragat 100%, ia sebenarnya masih ada harapan untuk dipudarkan. Nak tahu caranya? Yuk! Wanista boleh ajarkan.

Seperti yang kita semua tahu, banyak jenama rangkaian penjagaan wajah menawarkan variasi krim dan serum pemudar jeragat, tetapi lihat sahajalah pada harganya yang mahal bukan kepalang. Jadi, kita guna sahaja 13 ramuan yang boleh didapati dari dapur rumah anda ini.

#1 Jus Lemon

Lemon memainkan peranan penting sebagai ramuan penting yang sering dimanfaatkan untuk rawatan kecantikan, termasuklah pemulihan tompok hitam.

Ia mengandungi anti-oksidan, anda hanya perlu sapu jus lemon 2 kali sehari selama 15 minit ke atas kawasan kulit yang bermasalah. 

Jika anda mempunyai kulit sensitif, campurkan jus lemon bersama air mawar. Dalam masa 2 bulan, anda akan lihat hasil keberkesanannya. Tetapi, jangan dedahkan diri di bawah matahari selepas menyapu jus lemon berkenaan.

#2 Kunyit

Foto -helloglow.co
Foto -helloglow.co

Kunyit adalah ramuan yang paling magis. Selain menghilangkan parut, ia boleh bantu sekatakan tona kulit serta memudarkan pigmentasi.

Sediakan 2 sudu air beras, 2 sudu tepung dan 1 camca teh serbuk kunyit. Campurkan kesemua bahan, dengan menggunakan jari oleskan pes tersebut ke atas kawasan yang terlibat. Biarkan ia selama 20 minit sebelum dibilas.

 

#3 Hydrogen Peroxide

Foto -helloglow.co
Foto -helloglow.co

Hydrogen Peroxide adalah agen peluntur semula jadi yang pasti berkesan untuk memulihkan tompok hitam. Campur cecair hydrogen peroxide bersama susu dan sapukan ia ke atas wajah yang bermasalah menggunakan kapas muka. Biarkan ia selama 15 minit sebelum membilas.

Sebelum menggunakan petua ini, anda boleh cuba dahulu keatas kulit anda, mana tahu jika kulit anda sensitif terhadap hydrogen peroxide.

#4 Daun Parsley

Foto -helloglow.co
Foto -helloglow.co

Untuk tona kulit yang tidak sekata serta mempunyai tompok hitam, daun parsley amat berkesan untuk memudar dan mencerahkan.

Sediakan 1 cawan daun parsley yang telah dicincang, 1/2 canca teh serbuk penaik, 1 sudu yogurt. Campurkan kesemua bahan ini dan sapukan sebagai mask untuk muka, leher dan dada selama 15 minit, kemudian bilas. Ulang 2 kali seminggu.

#5 Buttermilk

Foto -theelliotthomestead.com
Foto -theelliotthomestead.com

Buttermilk mengandungi asid laktik yang baik untuk kulit. Ia bisa mengelupas kulit secara semula jadi dengan menghapuskan parut serta tompok hitam.

Sapukan terus cecair susu Buttermilk ke atas permukaan kulit yang bermasalah, biarkan ia selama beberapa minit sebelum membilas.

Jika kulit anda berminyak mahupun berjerawat, boleh tambah sedikit jus lemon untuk kurangkan kelembapannya. Jika tiada Buttermilk di rumah, yogurt boleh menjadi pengganti yang sempurna untuk petua ini.

#6 Aloe Vera / Daun Lidah Buaya

Ramai yang berpuas hati dengan sifat yang dimiliki Aloe Vera. Ia boleh melembab, dan dalam masa yang sama berkesan menangani masalah pigmentasi.

Bukan itu sahaja, Aloe Vera sebenarnya boleh merangsang pertumbuhan sel kulit baru.

Hanya perlu sapukan gel Aloe Vera atau jusnya pada permukaan yang bermasalah dan biarkan ia selama 30 minit. Amalkan petua ini 2 kali sehari dan lihatlah betapa segar dan berserinya kulit wajah anda selepas sebulan!

IKLAN

#7 Cuka Epal

Foto -helloglow.co
Foto -helloglow.co

Untuk petua yang menggunakan cuka epal ini, secara ringkas anda bleh meminum satu gelas campuran air dengan beberapa titik cuka epal yang dikacau bersama atau terus sahaja menyapu cuka epal tersebut pada permukaan wajah yang bertompok hitam.

Untuk elak rasa cuka epal yang kuat, anda boleh campurkan ia bersama 2-3 sudu jus oren dengan separuh sudu cuka epal. 

Namun, jika anda mempunyai masalah kulit kering, anda boleh campurkan cuka epal tersebut bersama sedikit minyak zaitun.

#8 Minyak Kastor

Minyak kastor boleh memulihkan serta mencerahkan kulit wajah. Gosok sedikit minyak kastor pada tompok hitam sekali di waktu pagi dan sekali di  waktu malam. 

Anda boleh mula melihat kesannya dalam tempoh sebulan.

#9 Betik

Foto -helloglow.co
Foto -helloglow.co

Buah tropikal ini memiliki banyak kebaikkan untuk kulit manusia kerana ia mengandungi beberapa enzim baik serta asid alpha hydroxy yang berkesan menghapus pigmentasi, parut malah jerawat. 

Cari betik hijau dan sapukan ia pada tompok hitam di wajah, biarkan ia selama 15 sebelum membilas bersih.

#10 Kayu Cendana

Agen anti-penuaan ini bertindak sebagai antiseptik yang boleh mengurangkan pigmentasi serius. Hanya perlu gosokkan beberapa titik minyak pati kayu cendana yang dicampurkan bersama satu sudu minyak zaitun atau minyak badam setiap malam sebelum tidur. Biarkan ia mengering dikulit sepanjang malam.

#11 Lobak Kuda

Foto -helloglow.co
Foto -helloglow.co

Herba yang sering digembar-gemburkan ini kaya dengan khasiat vitamin C yang akan melambatkan proses melanin dan glukosinolat. Ia akan meningkatkan peredaran serta perkumuhan toksik dari badan. 

Apa yang anda perlu lakukan, sapu pes lobak kuda pada kulit dan biarkan ia selama 15 minit, bilas. Lakukan petua ini beberapa kali dalam seminggu. Ia pasti berkesan.

Jika masalah tompok hitam anda lebih kritikal, parut lobak kuda sepanjang 4-5 inci dan campurkan ia bersama setengah cawan cuka epal. Lalu, pindahkan ia dalam balang kaca. Kacau sehingga sebati dan biarkan ia diperam selama dua minggu.

Setelah itu, sapukan ia pada tompok hitam 3 kali sehari selama 1 bulan. Anda boleh simpan campuran di dalam peti sejuk supaya tahan lama.

#12 Bawang

Ramai yang tidak tahan dengan aroma bawang sebenarnya kan? Bawang mengandungi sulfur, antiseptik dan vitamin C yang berupaya mencerahkan kulit secara semula jadi. 

Anda tidak perlu memoting bawag tersebut, belah sahaja bawang kepada dua bahagian dan gosokkannya ke atas permukaan tompok hitam, secara perlahan ia bisa memudarkan secara berperingkat.

#13 Kacang Kuda

Kacang Kuda adalah ramuan terbaik untuk mencerahkan kulit. Hancurkan 1 cawan kacang kuda yang telah direbus empuk dengan 1/3 cawan air dan sapukan pes tersebut pada kawasan tompok hitam di wajah anda.

Bilas dengan air suam dan amalkan petua ini setiap hari. Jika anda mempunyai sos tahini di rumah, anda boleh juga mencampurkan 1/4 cawan tahini bersama pes kacang kuda tersebut bersama dan sapukan pada wajah seperti biasa.

Selamat mencuba!

SUMBER

Tags: jeragatkesihatanPanduan Menghilangkan Tompok Hitam Pada Wajahpetua kecantikanpigmentasiRamuan Semula Jadi
Share8Tweet5Send

TRENDINGMINGGU INI

Jangan Keliru, Ini 10 Maksud Status “Tracking” PosLaju

Petua Kecantikan! Pudarkan Pigmentasi Kulit Guna 13 Barang Dapur Ini

Netizen Kongsi Air Starbucks Sedap, Berbaloi Beli Walaupun Mahal

Resepi Koktail Susu Paling Sedap!

Jawab Soalan Temuduga Dengan 15 Jawapan Ini Supaya Majikan Terpikat

Elak Lakukan 10 Perkara Ini Bila Bermesej Dengan Lelaki

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.