Oji Asia Household Product Sdn. Bhd. memartabatkan kaum wanita di Malaysia yang tidak jemu meluangkan masa dan kasih sayang kepada si manja dalam acara pelancaran dan “roadshow” riang ria. Sepanjang acara ini, para ibu diperkenalkan kepada Genki! Pants serba baru yang selembut kepulan awan.
Dalam berkongsi pengalaman sebagai ibu yang sibuk membahagikan masa di antara kerja dan keluarga, setiap ibu mengakui pentingnya memilih lampin yang sesuai. Selain memastikan si manja mendapat penjagaan terbaik , ia juga harus mengurangkan kebocoran, ruam dan masalah kerap menukar lampin, sekaligus membantu meringankan beban ibu.
Apabila ditanya oleh pengacara Serena C apakah ciri-ciri lampin bermutu, Diana selebriti yang bergelar ibu berkata, “Setelah mencuba jenama-jenama lampin yang berlainan di pasaran, saya memilih lampin yang paling lembut dan dengan daya serapan yang tinggi. Si manjalah yang pertama sekali memberitahu saya jika bermasalah, kadang-kadang dia memberitahu lampin yang mana paling disukainya.”
Bagi Gan Mei Yan, lampin yang selesa seharusnya dengan daya serapan yang tinggi dan tidak membataskan pergerakan si manja. Tambahnya lagi, “Semuanya bergantung pada mutu bahan yang digunakan dan rekabentuk inovatif setiap lampin.”
Jika si manja ceria, ibu pasti gembira . Faktor utama untuk memastikan si manja ceria adalah dengan memilih seluar lampin yang lembut dan selesa. “Genki!” – yang bererti “Ceria, Cergas dan Aktif” dalam bahasa Jepun – dicipta untuk itu.
Genki! Pants
Genki! Pants menggunakan bahan inovatif Lapisan Selembut Kusyen yang tebal, ultra lembut dan ekstra halus pada kulit si manja agar si manja selesa sepanjang hari. Ia didatangkan dengan Teras Serapan Ultra yang terdiri daripada pulpa halus yang cepat menyerap sekaligus menjauhkan lembapan daripada kulit si manja dan Pelapik Luar Berliang Udara yang membenarkan 100% aliran udara dan lembapan untuk mengoptimumkan ketelusan, agar si manja nyaman dan selesa sepanjang hari.
Genki Pants baharu disediakan dalam saiz M, L, XL dan XXL, sesuai untuk bayi dan kanak-kanak seberat 7-10kg, 9-14kg, 12-17kg dan 13-25kg. Ia boleh didapati dalam pek Mini, Jumbo dan Mega pada harga runcit yang disyorkan dari RM9.00 – RM40.00.