Memperkenalkan wangian untuk lelaki yang baharu dari Lacoste. Eau De Lacoste L.12.12 Energize ini adalah keluaran edisi terhad, mampu merembeskan sensasi wangian yang bisa menyumbang aura semangat autentik bagi si pemakainya.
Pengasas Lacoste, Jean René Lacoste yang merupakan atlet sukan tenis terkemuka era 1920an adalah individu yang menjadi inspirasi utama bagi penghasilan wangian edisi terhad ini.
Berlatarkan kanvas putih, botolnya diserikan dengan warna-warni menonjol malah kotaknya turut dihiasi ikon buaya jenama tersebut sambil ditemani cetakan bendera pelbagai negara demi mewujudkan aura kesatuan dari seluruh dunia bagi menyambut semangat kesukanan.
Bagi si pria yang gemarkan kombinasi haruman yang bisa memberi kesan terhadap prestasi harian mereka dalam mencapai matlamat yang diidamkan, Eau De Lacoste L.12.12 Energize ini pasti berhasil untuk mendampingi diri mereka dengan aura semangat optimum.
Nota bauan mewah yang terdiri dari kesegaran aroma halia, pudina, sitrus dan daun pokok aras bergabung untuk mencipta keajaiban yang dibotolkan dalam wangian Eau De Lacoste L.12.12 Energize. Harga yang ditawarkan adalah pada RM307/100ml.
Untuk keterangan lanjut, sila layari global.lacoste.com