iTeksi, sebuah aplikasi pesanan perkhidmatan teksi baharu kini berada di psaran dengan matalamat untuk mengembalikan perkhidmatan mesra, dipercayai dan disenangi yang kurang diamalkan dalam persekitaran pengangkutan awam.
Perkhidmatan yang memasuki pasaran bersama penyertaan 2000 orang pemandu tersebut mendapat sambutan hangat di kawasan Lembah Klang di mana semakin ramai pengguna pengangkutan awam memilih untuk menggunakan iTeksi.
“Kami berasa sukacita kerana berpeluang untuk menyediakan aplikasi baharu ini kepada pengguna pengangkutan awam harian. iTeksi diasaskan di atas prinsip-prinsip utama yang berkisar tentang kejujuran, kemudahan akses dan inovasi dan kami berazam untuk memastikan supaya nilai-nilai ini dapat dirasai oleh para pelanggan kami sebaik sahaja mereka melancarkan aplikasi tersebut, hingglah ke akhir perjalanan mereka,” kata Harvinder Gill, Pengarah Urusan iTeksi Malaysia.
Bagi memastikan supaya para penumpang sentiasa dapat menggunakan iTeksi dengan yakin, perkhidmatan ini hanya ditawarkan kepada teksi dan kenderaan komersial yang berlesen dan diinsurans. Aplikasi yang mesra pengguna itu turut membolehkan penumpang memberi maklum balas kepada syarikat di akhir perjalanan mereka bagi memastikan supaya para pemandu mematuhi prinsip-prinsip syarikat kami serta peraturan dan undang-undang kenderaan komersial berlesen.
Aplikasi iTeksi boleh dimuat turun menerusi telefon Android atau iOS.