Jenama fesyen unggul yang sering terbit dengan rekaan kasual, namun masih lagi mengekalkan identiti eksentriknya, Salvatore Ferrangamo menyerlahkan koleksi sepatu musim Bunga/Panas 2016 khas untuk wanita dan lelaki melalui filem pendek berjudul “1 2 3 Stella”.
Cereka yang berkonsepkan keceriaan itu diterbit berikutan kejayaan filem Hide and Seek arahan Theo Stanleys yang berlatarkan keindahan kota Berlin dengan mengetengahkan sejenis permainan menyeronokkan.
Filem pendek “1 2 3 Stella” telah dibintangi personaliti dan blogger terkemuka, Johannes Huebl dan model handalan termasuk si jelita Diana Moldovan dan Maja Mayskar. Dalam pada mereka cuba menyampaikan falsafah cetusan Salvatore yang dipengaruhi konsep ‘nikmat kehidupan’, ia turut menggunakan permainan “1 2 3 Stella” atau juga dikenali sebagai “Red Light Green Light” itu sebagai medium penyampaian bagi mempamerkan koleksi terkini jenamanya secara kreatif.
Tonton 1 2 3 Stella
Penonton bakal menyaksikan para pelakon menggayakan barisan rekaan ikonik Ferrangamo dengan sambil bergerak tangkas untuk menggambarkan daya ketahanan rekaan tersebut yang bukan sahaja tampak mewah, malah versatile -sesuai disarung ke kaki sebagai pelengkap gaya harian yang minimalis.
Antara sepatu yang ditonjolkan adalah Parigi Driver, Mason Moccasin, Lisbona Lace-Up Sneaker dan Giolly Slip-On Sneaker.
Untuk keterangan lanjut mengenai koleksi dan rekaan kasut terkini untuk musim Bunga/Panas 2016 yang penuh dengan jiwa kehalusan artistik dari jenama kebanggaan Itali ini, sila layari www.ferragamo.com